Kemalangan haiwan yang melibatkan pelanggaran dan maut di tempat kejadian bukanlah perkara yang jarang berlaku. Tetapi, walaupun dalam kebiasaan itu, setiap kisah kematian haiwan yang dilanggar oleh kenderaan pastinya akan ‘menyentap’ perasaan sesiapa sahaja yang melihatnya.
Baru-baru ini, tular di media sosial apabila seorang gadis dirakam mengangkat bangkai kucing yang dipercayai dilanggar di tengah-tengah jalan raya berikutan penemuan bangkai kucing itu di lokasi berkenaan.
Di permulaan video, gadis itu dilihat dengan berhati-hati mengangkat bangkai kucing dewasa itu dengan kedua-dua belah tangannya dan dengan cermat meletakkan bangkai tersebut di sebuah tapak lapang di tepi jalan.
Walau bagaimanapun, sebaik sahaja gadis itu meletakkan bangkai kucing itu di kawasan lapang berkenaan, didapati seekor kucing lain datang mendekati mereka dan kucing itu kelihatan seperti mahu melihat keadaan rakannya yang sudah tiada.
Tetapi, sebaik sahaja kucing yang datang itu menyentuh bangkai rakannya dan melihat rakannya tidak memberikan apa-apa reaksi, maka kucing itu terus beredar dari lokasi itu.
Tahulah dirinya bahawa rakannya sudah pergi dan tiada lagi…
Kawan2 kucing tu datang ???????????? pic.twitter.com/VUFmW1eZQR
— ???????????? ???? (@iamajayrahman) November 27, 2020
Bagaimanapun, pada minit ke 0:22 video, sesuatu yang luar biasa telah berjaya dirakam apabila lebih banyak kucing lain datang ke lokasi bangkai kucing itu diletakkan. Mereka seolah-olah mahu melihat dan memberikan penghormatan terakhir kepada rakan mereka yang telah tiada itu…
Dipercayai bahawa sekurang-kurangnya tujuh ekor kucing lain datang ke lokasi bangkai kucing yang telah mati dilanggar itu sebaik sahaja gadis itu memindahkan lokasi bangkai kucing berkenaan ke tempat yang lebih selamat.
Sememangnya, rakaman video ini telah membuatkan ramai warganet berasa tersentuh dan turut bersedih dengan babak yang dirakamkan ini.
Sehingga entri ini dihasilkan, kiriman yang dimuatnaik oleh @iamajayrahman di laman Twitter pada malam 27 November ini telahpun meraih sehingga lebih dari 523,900 tontonan, lebih dari 49,800 sukaan dan lebih dari 35,100 ulang kicau.
Maybe you're interested :
- Pakar virologi China mendedahkan bahawa Beijing menutup berita sebenar mengenai COVID-19, terpaksa dapatkan perlindungan suaka di AS
- Ketua Polis PJ tak ambil tindakan sebaliknya bantu, beri makanan kepada wanita susah yang mencuri
- Malu tak bertahan lama, pemuda diminta menyanyi akhirnya buat konsert sendiri. “Tiba-tiba ada peminat”..