Koyote, yang merupakan haiwan dari spesies serigala yang bersaiz kecil adalah ‘rakan jenayah’ yang akrab dengan badger, sejenis haiwan yang mahir dalam hal-hal penggalian.

Gambar hiasan/U.S. Fish and Wildlife Service

Seperti yang diketahui umum, kedua-dua spesies haiwan yang berbeza ini lazimnya bekerjasama dalam misi memburu makanan mereka, iaitu tikus tanah. Disebabkan koyote terkenal dengan kepantasan dan kelincahannya serta badger yang terkenal dengan kemahirannya menggali tanah, maka kedua-duanya sering bekerjasama untuk memburu tikus tanah.

“Jika seekor badger sedang menggali sarang di dalam tanah, seekor koyote akan menunggu berhampiran sekiranya tupai tanah keluar dari pintu masuk yang berbeza.

“Jadi mereka saling memerlukan,” kata Neal Sharma, ketua penyelidik bagi Peninsula Open Space Trust (POST) dan Pathways for Wildlife yang mengkali tentang reaksi hidupan liar dengan jalan raya.

postlandtrust/Instagram

Walau bagaimanapun, yang diketahui ramai selama ini hanyalah tentang ‘hubungan profesional’ yang wujud antara kedua jenis haiwan ini. Tetapi pada penguhung tahun lalu, satu rakaman video yang menunjukkan bagaimana hubungan sebenar antara kedua spesies haiwan ini sememangnya mengejutkan ramai.

“Ini adalah jenis interaksi yang hanya dapat diimpikan oleh seseorang seperti saya,” kata Sharma kepada The Dodo. “Saya tidak dapat berkata-kata apabila melihat hubungan antara spesies sebegini.”

postlandtrust/Instagram

Menerusi rakaman video yang berjaya dirakam menggunakan kamera perakam gerakan yang diletakkan di kawasan saluran di bawah lebuh raya California, sepasang koyote bersama rakannya, badger, dilihat sedang bersiar-siar di kawasan saluran paip dan menerusi gerakan tubuh-badan mereka, dapat dilihat dengan jelas bahawa mereka sememangnya adalah rakan karib.

“Mereka datang dari satu sisi jalan raya, menghabiskan beberapa waktu dan kembali semula ke arah jalan yang mereka datang,” kata Sharma. “Jadi pastinya ada hubungan antara mereka di sini, dan beberapa bahasa badan yang menakjubkan. Ini memang hebat.”

 

Berdasarkan video pendek yang dikongsikan oleh laman postlandtrust di Instagram, dapat dilihat seekor koyote yang melompat-lompat kecil dan melakukan gerakan seolah-olah mengajak rakannya, badger, untuk bersama mengikutinya berjalan masuk ke dalam saluran paip.

Memang menakjubkan sungguh penemuan ini. Sememangnya, rakaman seperti ini tidak mudah untuk ditemui dan kini tahulah kita bahawa hubungan antara kedua spesies ini sebenarnya adalah lebih dari sekadar hubungan dalam pemburuan. Hebat!

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI

Video Popular