Tidak asing buat rakyat Malaysia yang mengenali pendakwah bebas Ustaz Ebit Lew dengan kemurahan hatinya yang tidak putus-putus terus membantu sesiapa sahaja yang mengalami kesusahan hidup di kalangan masyarakat dalam negara. 

Pendakwah bebas dan ikon negara itu baru-baru ini menawarkan penginapan hotel 4 bintang secara percuma kepada waris pesakit yang dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Institut Jantung Negara (IJN) dengan segala kos yang ditaja olehnya.

Ustaz Ebit Lew dalam satu posting di Facebook telah berkongsi bahawa beliau akan menanggung kos penuh penginapan untuk waris keluarga pesakit yang kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur dan Institut Jantung Negara. 

Pendakwah murah hati itu berkata waris pesakit akan menginap di Hotel Premiera Kuala Lumpur dengan segala perbelanjaan penginapan akan ditanggung dengan permohonan oleh waris yang benar-benar memerlukan tanpa mengira bangsa atau agama.

“Jika ada sesiapa yang benar-benar memerlukannya, anda boleh menghubungi 011-70772380. Saya akan menanggung semua kos penginapan. Terima kasih Hotel Premiera kerana membantu dalam mencapai impian saya. Hotel ini sangat cantik dan selesa. 4 bintang,” kata Ustaz Ebit Lew dalam posting itu.

Bagi anda yang biasa dengan kerja amal yang dilakukan oleh pendakwah bebas yang baik hati ini, telah banyak inisiatif yang dilakukannya untuk membantu golongan yang memerlukan. 

Sebelum ini Ustaz Ebit Lew telah menyumbangkan 200 kilogram daging lembu dan 500 kilogram buah-buahan dan sayur-sayuran setelah mengetahui krisis kewangan Zoo Negara yang semakin teruk.

Semoga dipermudahkan segala urusan Ustaz Ebit Lew dengan kerja amalnya sambil  menyebarkan dakwah serta dikurniakan limpahan rezeki untuk terus membantu sesiapa sahaja, golongan yang memerlukan.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI

Video Popular