Haiwan mamalia yang berasal daripada keluarga ‘rodent’ seperti tikus, tupai, hamster dan landak sering kali dianggap sebagai haiwan perosak oleh manusia.

Tetapi pernahkah anda melihat mamalia ‘rodent’ yang dikenali sebagai Pacarana ini? Namanya sahaja sudah cukup unik, bukan?

Foto hiasan/Pinterest

Pada tahun 2018, seorang lelaki bernama David Sobra ada berkongsi beberapa video yang dimuat naik di laman Facebooknya.

Ia menunjukkan haiwan yang kelihatan seperti ‘guinea pig’ namun bersaiz sedikit besar, dengan ekor yang pendek.

Menurut sumber, Pacarana ini berasal dari Peru dan merupakan ‘rodent’ berwarna coklat kekelabuan yang banyak terdapat di Amerika Selatan.

David Sobra/Facebook

Berat Pacarana dilaporkan boleh mencecah sehingga 13.6 kilogram, berat juga bukan? Saiznya juga agak gergasi jika dibandingkan dengan saudara terdekatnya, tikus.

Pacarana ini juga difahamkan turut dibela sebagai haiwan peliharaan. Pasti anda tidak menyangka bahawa Pacarana agak manja juga sebenarnya.

Dalam video yang disertakan, jelas kelihatan Pacarana ini sedang makan ketika berdiri di atas meja. Makanan dipegang menggunakan kedua tangan. Comel sangat!

Sempat juga Pacarana ini menggaru tubuhnya, barangkali berasa gatal-gatal. Telatahnya sungguh melucukan dan menghiburkan netizen.

Pada minit ke 2:45, kita dapat lihat terdapat individu yang membantunya menggaru badan. Manja betul, bukan?

David Sobra/Facebook

Menurut fakta, Pacarana ini merupakan sejenis ‘rodent’ yang jarang ditemui dan hanya dapat dilihat di kawasan kaki bukit Andes, lembangan sungai Amazon, Amerika Selatan.

Sesungguhnya perkongsian ini amat menarik kerana jika tidak, kita tidak akan tahu akan kewujudan haiwan yang comel sebegini..

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI VIDEO

Video Popular