Ketika anda terpesona melihat ikan koi yang berenang tenang dengan megah menyajikan gabungan warna cerah berkilauan di bawah sinar matahari. Antara ikan paling indah dan anggun di dunia, bagaimana koi dibiakkan? 

Asalnya ikan koi daripada spesies kap diternak untuk makanan, namun akibat mutasi genetik, ikan koi kini memiliki warna yang memukau seperti yang kita selalu lihat.

Ikan koi yang mewah dipelihara pemilik kerana ia memberi simbol tuah dan nasib baik.

Paparan Skrin/Facebook

Memiliki ikan koi sering dikaitkan dengan tanda kesukaran, kekuatan dan tujuan kehidupan. Di beberapa negara lain di dunia, ikan koi juga menunjukkan simbol ketekunan, limpahan rezeki dan ketahanan. 

Orang Jepun terkenal sebagai golongan pertama dalam sejarah pembiakan ikan koi dengan mutasi yang berlaku secara semula jadi.

Paparan Skrin/Facebook

Seiring dengan kemajuan abad ke-21, ikan koi yang elegan menjadi aset berharga buat pencinta dan pengumpul hobi mahal yang hanya mampu dimiliki golongan berada, kerana kebanyakan ikan koi yang cantik bernilai lebih satu juta dolar atau jutaan ringgit.

Paparan Skrin/Facebook

Keindahan ikan koi dengan rupa parasnya yang cantik menenangkan hati tidak mampu disangkal, hanya spesies ini yang benar-benar layak mendapatkan gelaran ‘permata yang hidup’.

Kentaro Sakai adalah juara penternak dan pembiak ikan kap Nishikigoi, yang memiliki ladang ternak dan menjual ikan koi terbaik dunia yang terletak di Hiroshima, Jepun. 

Paparan Skrin/Facebook

“Saya mewarisi perniagaan penternakan ikan koi dari nenek moyang, bermula apabila bapa saya mengajar serta menurunkan ilmu bagaimana caranya membiak Nishikigoi,” jelas Kentaro Sakai.

Setelah bapa Kentaro Sakai meninggal dunia, beliau mengambil alih perniagaan keluarga dan meneruskan tugas tradisi dengan kepakaran kraf yang diwarisi daripada nenek moyang untuk membiakkan ikan koi terbaik di dunia.

Paparan Skrin/Facebook

Kentaro menganggarkan terdapat kira-kira 70 jenis Nishikigoi. Baka koi yang diternak dan dikumpulkannya adalah Koh-Haku dan Taisho Sanshoku.

Koh-Haku mempunyai warna merah dan putih sementara Taisho Sanshoku mempunyai warna merah, putih dan hitam.

Paparan Skrin/Facebook

Kedua-dua baka ikan koi yang diternak dan dibiakkan Kentaro Sakai mempunyai jangka hayat antara 20 hingga 30 tahun. Namun begitu, keindahan perhiasan hidup ini mencapai kemuncak pesona yang memperlihatkan warna dan rupa paras cantik mereka ketika berusia sepuluh tahun. 

Ikan koi yang diternak di ladang Sakai terkenal dengan bentuk serta corak dan warnanya yang hebat, juga sisik yang berkilauan.

Paparan Skrin/Facebook

Kebanggaan untuk menyatakan mereka berjaya membiak dan menghasilkan ikan koi paling indah dengan warna menyerlah penuh berkilauan serta mempunyai aura tidak boleh disangkal, hasil kerja tangan terbaik untuk mendapatkan pengiktirafan.

Paparan Skrin/Facebook

Penternakan ikan koi merupakan satu industri yang kompetitif di Jepun, dan Kentaro Sakai merupakan antara pengusaha terbaik dalam bidang ini.

Paparan Skrin/Facebook

Tugas membiak ikan koi paling sempurna memerlukan kepakaran dengan ketekunan dan penelitian yang tinggi.

Seorang pembiak baka ikan koi terbaik memerlukan pendekatan secara langsung termasuk pemerhatian terhadap persekitaran yang tinggi.

Paparan Skrin/Facebook

Anak-anak ikan koi yang baru menetas perlu menjalani rejim rawatan yang melibatkan makanan terbaik dan kualiti air paling sempurna.

Paparan Skrin/Facebook

“Ketika memperkatakan komponen paling penting dalam pembiakan Nishikigoi, bagaimana membersihkan air dan berapa banyak makanan enak yang perlu disediakan untuk ikan koi, ia adalah elemen sangat penting,” kata Kentaro.

Paparan Skrin/Facebook

Kentaro Sakai menekankan kualiti makanan yang diterima oleh kesemua ikan koinya adalah perkara paling penting.

Kerana Nishikigoi mempunyai deria rasa yang sangat maju ke hadapan dan sangat sensitif, dengan tabiat mereka yang mampu menentukan sama ada makanan itu baik atau buruk secara tepat.

Paparan Skrin/Facebook

Setiap tahun, lebih dari 2,000 Nishikigoi yang layak dipamerkan akan diadili oleh pakar koi dan para hakim serta seluruh komuniti pembiakan ikan koi.

Kentaro Sakai memenangi pertandingan pertamanya pada tahun 2000 dan telah menjadi juara sebanyak 11 kali sejak itu, mengalahkan ratusan penternak ikan koi yang gigih setiap tahun.

Paparan Skrin/Facebook

Selepas juara Nishikigoi dalam pertandingan itu diumumkan, ikan koi tersebut akan dibida pada harga tertinggi kepada pengumpul di Jepun dan negara lain di seluruh dunia.

Ikan koi yang dibiak oleh Kentaro Sakai dikenali sebagai ‘S legend’ telah memenangi pertandingan ini pada tahun lalu dan telah dijual pada harga 203 juta yen (RM7.9 juta).

Paparan Skrin/Facebook

“Tentu saja, menjadi juara dalam pertandingan itu penting, tetapi jika pelanggan berasa gembira memiliki Nishikigoi yang saya hasilkan, itu membawa lebih kepuasan buat diri saya,” kata Kentaro.

“Nishikigoi dianggap seperti anak-anak saya. Melihat mereka membesar dan menjadi semakin cantik adalah kebahagiaan saya,” tambahnya.

Paparan Skrin/Facebook

Mungkin sikap ini menjadi sebab terpenting mengapa Kentaro Sakai berjaya memenangi begitu banyak pameran dan pertandingan Nishikigoi.

Beliau membentuk dan membawa ‘hinkaku’ atau ‘aura’ atau ‘maruah’ dari ikan koinya, dengan pemerhatian penuh kasih sayang dan keprihatinan yang dicurahkan tanpa pernah gagal kepada mereka untuk menjadi juara.

Tonton video di bawah:

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona VIDEO

Video Popular