Anjing merupakan haiwan yang gemar meneroka. Mereka agak teruja untuk mengetahui sesuatu tempat baru dan menghidu persekitaran yang baru buat mereka.
Disebabkan sifat ingin tahu yang tinggi dan sukakan cabaran, baru-baru ini seekor anjing jalanan difahamkan telah memasuki sebuah pusat beli belah.
Kejadian yang difahamkan berlaku di Vista Mall Taguig, yang terletak di Manila, Filipina itu berjaya dirakamkan.
Jan Mart Calimpong/Facebook
Dalam satu video yang dikongsikan oleh pengguna Facebook, Jan Mart Calimpong, anjing tersebut dibawa keluar dengan cara yang lembut oleh pengawal keselamatan.
Tiada sebarang kekerasan yang digunakan oleh pengawal keselamatan yang bertugas dan ia mendapat pujian daripada netizen.
“Walaupun anjing ini memasuki pusat beli belah secara tiba-tiba, saya gembira anjing itu tidak dilayan dengan kasar ketika dibawa keluar”, tulis Jan.

“Malah, pengawal keselamatan mengiringinya dengan baik, seperti anjing itu merupakan anjing peliharaannya”, tambah Jan.
Lebih menggembirakan, anjing berkenaan telah diangkat menjadi sebahagian daripada pasukan keselamatan pusat beli belah tersebut.

Anjing berkenaan kemudiannya telah diberi nama Dogdog dan kerap kali turut serta setiap kali pasukan keselamatan bertugas.

“Dogdog membesar di sini, di pusat beli belah di mana saya bertugas. Dogdog merupakan anjing yang baik”, kata salah seorang pengawal, Rico Bucan.
Pengerusi agensi keselamatan itu juga menghargai tindakan pasukannya yang mengendalikan situasi tersebut dengan sangat profesional.
Syabas semuanya! Kini Dogdog pun gembira..
Maybe you're interested :
- Berniat bantu pelajar yang kurang berkemampuan jalani kelas dalam talian, Ustaz Ebit Lew tawar gajet Samsung Galaxy Tab A secara percuma kepada pelajar yang benar-benar memerlukan
- Koronavirus : Pihak berkuasa China dikatakan sembunyi data kematian dan skala sebenar penularan wabak
- Olah lagu Peluang Kedua menjadi lagu berunsur tradisional lengkap dengan tarian tradisional Melayu, buah tangan program latihan seni ini raih pujian ramai