Kedua-dua kucing dan anjing sememangnya aktif dan suka bermain. Apatah lagi jika mereka menghabiskan masa bersama-sama.
Baru-baru ini, tular satu video pendek yang menunjukkan situasi tidak disangka berlaku apabila seekor kucing bermain dengan rakan anjingnya.
Kucing tersebut dilihat memanjat ke atas meja, di mana terdapat lilin yang dinyalakan. Secara tiba-tiba ekor kucing tersebut disambar api!

Tidak begitu memahami apa yang berlaku, kucing berkenaan hanya melihat sahaja ekornya dijilat api. Bulunya pula lebat, memang cepatlah api menyambar.
Perkara itu turut disedari rakan anjingnya. Anjing berwarna hitam putih tersebut dilihat seperti cuba memanggil pemilik mereka namun gagal.
Penyudahnya, api tersebut terpadam begitu sahaja dengan sendirinya. Pelik juga dibuatnya, tidak mungkinlah kucing itu tidak merasai ekornya terbakar?

Kucing itu kelihatan agak tenang dan melihatnya sahaja. Handal sungguh! Setelah api itu padam, anjing berkenaan menghampiri ekor rakannya seperti mahu menghidu.
Kedua-dua mereka kemudiannya tergamam dengan insiden tersebut. Mungkin cuba untuk memahami apa yang baru sahaja berlaku kot?
Lihat aksi penuh mereka di bawah :
Tidak dapat dipastikan pula sama ada kucing itu mengalami kecederaan ataupun tidak. Harapnya, kucing tersebut dalam keadaan baik-baik sahaja.
Apa pun, pemilik haiwan peliharaan di luar sana, ambil pengajaran agar insiden sebegini tidak terjadi pada haiwan peliharaan anda ya.
Maybe you're interested :
- Transmisi manusia ke manusia disahkan dalam penularan wabak coronavirus di China
- Berniat bantu pelajar yang kurang berkemampuan jalani kelas dalam talian, Ustaz Ebit Lew tawar gajet Samsung Galaxy Tab A secara percuma kepada pelajar yang benar-benar memerlukan
- Olah lagu Peluang Kedua menjadi lagu berunsur tradisional lengkap dengan tarian tradisional Melayu, buah tangan program latihan seni ini raih pujian ramai