Awal November lalu, pihak Jabatan Meterologi Malaysia menjangkakan hujan lebat yang signifikan berlaku dalam tempoh Monsun Timur Laut di negara ini hingga Mac 2021.
Sepanjang fasa tersebut, episod hujan lebat diramalkan akan berlaku khususnya di negeri Pantai Timur seperti di Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Taburan hujan yang lebat berbanding biasa menyebabkan beberapa kawasan di negara ini dilanda banjir, tidak terkecuali di Terengganu.

Itulah yang berlaku pada salah seorang mangsa banjir ini, di mana rumahnya dilihat ditenggelami air separas pergelangan kaki.
Satu video yang dimuat naik oleh pengguna Twitter, @Min_Ji87 kemudiannya menerima perhatian netizen dan tular.

Video tersebut jelas menunjukkan bukan sahaja seekor, malah banyak ikan yang didapati memasuki dalam rumah mangsa banjir terbabit.
“Air banyak dalam rumah, ikan sahaja dalam rumah ni”, ujar mangsa banjir tersebut yang turut sempat mengajak orang lain untuk menangkap ikan di dalam rumahnya.
Tambahnya, ada ikan keli, puyu dan juga haruan. Memang banyak. Anda lihatlah video di bawah:
Got this from my fam group whatsapp, banjir kat trg, xsure kat mana..ikan2..masuk dalam rumoh.. sedak dengor org tranung cakak..hahahaha..” kappung mu akdop”..????????????#rinduganu pic.twitter.com/Ul6CZBBw6d
— ????민지✨ (@Min_Ji87) November 24, 2020
@Min_Ji87/Twitter
Individu itu turut menyatakan bahawa dia hanya mengenakan bayaran RM5 sahaja kepada mana-mana individu yang mahu menangkap ikan di rumahnya.
“Mahu banyak mana, tangkaplah”, katanya yang turut berkongsi bahawa ramai juga orang yang menangkap ikan-ikan tersebut.
Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi warga Twitter, antaranya :



Sungguh tidak disangka, bencana banjir yang melanda sedikit sebanyak membawa rezeki sebegini. Rumah pun boleh jadi lubuk ikan!
Maybe you're interested :
- Olah lagu Peluang Kedua menjadi lagu berunsur tradisional lengkap dengan tarian tradisional Melayu, buah tangan program latihan seni ini raih pujian ramai
- Berniat bantu pelajar yang kurang berkemampuan jalani kelas dalam talian, Ustaz Ebit Lew tawar gajet Samsung Galaxy Tab A secara percuma kepada pelajar yang benar-benar memerlukan
- Pakar virologi China mendedahkan bahawa Beijing menutup berita sebenar mengenai COVID-19, terpaksa dapatkan perlindungan suaka di AS