KUALA LUMPUR – Semalam, 26 November 2020, Malaysia mencatatkan jumlah kes sembuh COVID-19 tertinggi iaitu sebanyak 2,555 kes yang merupakan angka sembuh paling banyak dalam tempoh 24 jam sejak pandemik itu melanda negara.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ianya menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya adalah 49,056 kes (80.7 peratus daripada jumlah keseluruhan).

Untuk kes baru pula, negara merekodkan angka 935 buah kes disusuli dengan tiga kematian baru. Kes baru itu menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 60,752 kes, manakala jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan pula adalah sebanyak 11,348 buah kes.

Facebook

“Terdapat empat kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara dan 931 kes adalah penularan COVID-19 dalam negara,” katanya.

Sabah sekali lagi mencatat kes harian tertinggi iaitu sebanyak 326 kes, diikuti Selangor sebanyak 161 kes dan Negeri Sembilan sebanyak 158 buah kes.

Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 103 kes yang dilaporkan adalah berkaitan kluster di lokap dan penjara yang membabitkan Kluster Bakti (95 kes), Kluster Tembok (lima kes), Kluster GK Tawau (dua kes) dan Kluster Penjara Kepayan (satu kes).

Tambah beliau lagi, sehingga kini, terdapat 110 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), yang mana 45 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Katanya, empat kematian yang dilaporkan semalam membabitkan dua orang wanita dan seorang lelaki warga negara berusia antara 59 hingga 77 tahun.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: KESIHATAN NASIONAL

Video Popular