Seekor anjing jalanan telah tersesat memasuki sebuah pusat beli-belah di Filipina dan selepas itu dilihat berbaring santai di atas lantai untuk berehat seketika kerana dia berasa sejuk dan selesa.
Kelakuannya agak mengganggu para pelanggan yang mengunjungi pusat membeli-belah di Taguing itu, sehingga menyebabkan kakitangan pengurusan terpaksa memanggil pengawal keselamatan yang bertugas sebagai usaha mengalihkan anjing tersebut daripada terus berkeliaran di situ.

Salah seorang pengawal keselamatan yang diarah untuk membawa anjing jalanan tersebut keluar dari pusat membeli-belah lantas mendapat pujian para netizen ekoran sikapnya yang menunjukkan perasaan belas kasihan terhadap anjing jalanan.

Dengan tidak menarik atau memperlakukan anjing ini dengan kasar, pengawal keselamatan yang baik hati ini sebaliknya membelai lembut, dan memegang kaki depannya, sambil perlahan-lahan memujuk untuk membawanya keluar dari pusat membeli-belah itu.

Netizen memuji sikap pengawal keselamatan yang baik hati ini apabila melihat caranya membawa anjing jalanan itu keluar dari pusat membeli-belah tanpa menggunakan sebarang kekerasan.
Dia sebenarnya menunjukkan sifat belas yang lembut terhadap haiwan bagai menjaga anjing peliharaan sendiri, menyebabkan anjing itu tidak membantah untuk mengikutinya dengan patuh ke arah jalan keluar.

Ketika itu kelihatan anjing ini perlahan-lahan mengekori pengawal keselamatan berkenaan yang mengangkat kaki depannya sambil memimpinnya keluar dari pusat membeli-belah itu dengan cara yang comel.

Rata-rata netizen memuji sikap kemanusiaan dan belas kasihan yang ditunjukkan oleh pengawal keselamatan ini seperti dia sedang melayan anjing kesayangan sendiri.

Netizen Jan Mart Calimpong yang merakam video ini dalam kapsyennya telah memuji pihak pengurusan pusat membeli-belah tersebut kerana mempunyai pekerja yang baik dan berbelas kasihan terhadap haiwan.
Tonton video di bawah:
Maybe you're interested :
- Anak kambing girang menari ‘tak ingat dunia’ bersama staf pusat jagaan haiwan buat netizen terhibur
- Aksi anjing Golden Retriever luncur salji menuruni bukit buat netizen ‘cair’. Seronok betul ya!
- Pakar virologi China mendedahkan bahawa Beijing menutup berita sebenar mengenai COVID-19, terpaksa dapatkan perlindungan suaka di AS