Kelahiran cahaya mata merupakan saat paling mendebarkan buat pasangan ibu dan bapa terutama pada ketika mereka sedang melalui proses kelahiran tersebut secara bersendirian tanpa kehadiran pakar obstetrik.

Seorang suami baru-baru ini menceritakan detik cemas apabila terpaksa menjadi ‘bidan terjun’ kepada isterinya yang mengalami kontraksi mahu bersalin secara tiba-tiba di rumah.

Zamri Jamal Abdul Hakim/mStar

Menurut mStar, suami ini yang dikenali sebagai Zamri Jamal Abdul Hakim berkata insiden berlaku di kediaman mereka di Bandar Sri Damansara pada kira-kira jam 2.00 pagi Isnin lalu ketika isterinya mengadu mengalami kontraksi dan mahu ke bilik air untuk mandi.

“Tiba-tiba isteri keluar dari bilik air dan beritahu air ketuban pecah dan rasa anak macam sudah hendak keluar,” kata Zamri yang ketika itu sedang mengemas barang-barang untuk ke hospital.

“Isteri kemudian kata anak sudah hendak keluar sekarang. Bila saya tengok, kepala anak sudah terkeluar penuh. Tidak sempat ke hospital,” katanya.

Zamri Jamal Abdul Hakim/mStar

Walaupun berada dalam keadaan cemas tetapi Zamri tidak berasa panik dan katanya dia berusaha menggunakan ilmu yang dipelajarinya ketika kelas keibubapaan untuk menguruskan proses kelahiran itu dengan teknik yang betul.

Zamri menceritakan ketika memegang dua nyawa pada masa yang sama, terdetik di hatinya dengan rasa bimbang dan ketakutan bayi berkenaan terjerut tali pusat atau isterinya mengalami pendarahan semasa bersalin.

“Saya suruh dia ‘push’ (meneran), anak sudah keluar selepas ‘push’ kali kedua,” kata Zamri.

“Ia berlaku dengan pantas, tidak sampai lima minit. Syukur Alhamdulillah,” katanya.

Zamri Jamal Abdul Hakim/mStar

Menurut Zamri, ini adalah pengalaman menyambut kelahiran kali kedua buat dirinya dan menjadi bidan selepas kelahiran anak lelaki pertama kira-kira dua tahun lalu.

Untuk kelahiran anak yang kedua, Zamri memang merancang untuk menyambut anaknya itu sendiri tetapi tidak menyangka pula akan menyambutnya di rumah.

“Mujur anak kami berusia dua tahun sedang tidur di bilik lain, jadi keadaan lebih tenang,” kata Zamri.

Zamri Jamal Abdul Hakim/mStar

“Sebelah tangan saya pegang bayi dan sebelah tangan lagi saya pegang uri,” katanya.

Mujur juga ilmu dalam kelas keibubapaan telah banyak membantu Zamri melalui proses kelahiran itu dengan selamat, lancar dan sempurna tanpa melalui detik panik, tips berguna buat kaum bapa ketika berhadapan dengan situasi seperti ini.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular