Kita sedia maklum bahawa anjing merupakan haiwan yang mudah mesra dengan manusia, lebih-lebih lagi dengan keluarga ataupun individu dikenalinya.
Namun seekor anjing comel membuktikan bahawa dirinya agak menyenangi kehadiran insan yang tidak dikenalinya, iaitu seorang posmen.
Beberapa minggu yang lepas, seorang posmen baharu telah ditugaskan untuk menghantar surat di kawasan perumahan yang didiami anjing bernama Moose.
Walaupun hanya melihat daripada dalam tingkap, naluri Moose kuat mengatakan bahawa posmen berkenaan agak ramah.
View this post on Instagram
Suatu hari, kenderaan posmen berkenaan menghampiri kawasan rumah Moose. Mengetahui akan keadaan itu, Moose kemudiannya mahu keluar.
Dan inilah yang berlaku selepas itu :
View this post on Instagram
Moose nampaknya mahu memberikan posmen itu pelukan mesra! “Ia adalah sesuatu yang comel
, kata Meghan Gruszynski iaitu pemilik Moose.
View this post on Instagram
“Saya amat menyenangi bagaimana posmen itu menyukai ‘sambutan’ Moose. Saya juga suka Moose menyapanya”, tambah Meghan.
View this post on Instagram
Ia kemudian menjadi rutin buat kedua-dua Moose dan posmen berkenaan. Setiap hari posmen itu menghampiri rumahnya, Moose akan keluar menyambut kehadirannya.
Ujar Meghan, dia mengetahui bahawa anjing peliharaan posmen tersebut sebenarnya baru sahaja mati. “Dia gembira dengan cara Moose menyambutnya setiap kali dia muncul”.
View this post on Instagram
Meghan juga berharap rutin itu akan berkekalan sampai bila-bila. “Dia adalah posmen kami sehinggalah dia bersara. Sangat seronok melihat kasih sayang antara mereka”, kata Meghan.
Sudah pasti ia menceriakan hari posmen berkenaan, bukan? Tugasnya menghantar surat dan bungkusan setiap hari.
Namun dia mendapat balasan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi daripada Moose. ‘Sweet’ sangat mereka ini, bukan?
Maybe you're interested :
- Kajian : Penampilan sebenar 30% lebih buruk berbanding imej di hadapan cermin
- Saksikan reaksi spontan dan jujur oleh kucing dan anjing ini ketika pertama kali bertemu haiwan-haiwan liar di zoo. Comel betul!
- Percubaan PKC baiki imej antarabangsa melalui pelancaran misi sokongan dan bantuan perubatan disangsi dunia