BUENOS AIRES – Legenda bola sepak dunia, Diego Maradona meninggal dunia pada usia 60 tahun akibat serangan jantung, menurut laporan berita Argentina, Clarin.

Jurucakap keluarga dan peguamnya memberitahu media, Maradona yang menjalani pembedahan membuang darah beku di bahagian otak dua minggu lalu, meninggal dunia di rumahnya di utara Buenos Aires akibat serangan jantung.

@bernamadotcom/Twitter

Diego Maradona, yang dianggap antara pemain bola sepak terbaik sepanjang zaman, adalah bekas kapten Argentina dan pemberi inspirasi di sebalik kejayaan skuad Argentina merangkul Juara Piala Dunia pada tahun 1986.

@SportsCenter/Twitter

Beliau merupakan tokoh terkenal di kelab Napoli di Itali, yang mana memimpin dua gelaran Serie A pada akhir 1980-an.

Maradona pernah dimasukkan ke hospital sebanyak beberapa kali sejak beliau mengumumkan persaraannya dan hampir meninggal dunia akibat kegagalan jantung ekoran pengambilan kokain pada tahun 2000.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL SUKAN

Video Popular