Tahun 2020 hampir melabuhkan tirainya. Sepanjang setahun, adakah segala azam yang anda pasang ketika awal tahun telah berjaya dicapai atau ianya sekadar cakap kosong?

Meskipun ada yang mungkin tidak berjaya mencapai azam tahun 2020 masing-masing, jangan putus harapan. Sisa yang masih berbaki inilah yang anda perlu fokus untuk menjadikan tahun 2020 anda berakhir dengan lebih baik.

Sebelum kita menyambut ketibaan tahun baharu 2021, apa kata kita bersihkan persekitaran kita daripada segala perkara yang tidak penting. Menyebut tentang bersih, bukan hanya kawasan rumah yang perlu dibersihkan supaya kelihatan lebih kemas, tetapi seluruh persekitaran seperti barangan peribadi, telefon bimbit dan juga individu sekeliling.

Ikuti tips-tips di bawah sebagai persiapan untuk anda melayari bahtera 2021 dengan lebih bersedia!

#1 Pakaian dan aksesori

Gambar Hiasan/Photo-AC

  • Buang pakaian yang dibeli secara atas talian dan tidak muat
  • Buang pakaian yang tidak kena dengan gaya fesyen anda
  • Buang pakaian yang sudah lusuh
  • Buang pakaian dalam yang sudah longgar
  • Buang pakaian yang sudah lama tidak dipakai dan mungkin tidak akan dipakai langsung pada masa hadapan
  • Buang pakaian yang koyak / berlubang
  • Buang aksesori yang sudah berkarat / tidak digunakan melebihi dua tahun

#2 Produk kosmetik dan penjagaan kulit

Gambar Hiasan/Photo-AC

  • Buang alat solek dan produk penjagaan kulit yang sudah tamat tempoh
  • Buang produk yang tidak memberi sebarang kesan penggunaan
  • Buang gincu yang tidak sesuai dengan warna kulit anda
  • Buang krim pelindung matahari yang sudah mencapai tarikh luput
  • Buang pewangi yang tidak disukai
  • Buang produk pencuci muka yang jarang digunakan

#3 Beg tangan

Gambar Hiasan/Photo-AC

  • Buang resit-resit pembelian yang lama
  • Buang sarung telefon yang lama
  • Buang ubat-ubatan yang sudah tamat tempoh
  • Buang beg tangan yang tidak lagi digunakan
  • Buang kupon atau baucar lama

#4 Telefon bimbit

Gambar Hiasan/Photo-AC

  • Buang gambar / video yang tidak penting
  • Buang aplikasi yang tidak digunakan
  • Buang nombor telefon individu yang tidak pernah dihubungi
  • Padamkan iklan di dalam emel
  • Padamkan perbualan yang membuatkan anda tidak selesa

#5 Hati

Gambar Hiasan/Photo-AC

  • Buangkan perasaan sedih dan pilu yang pernah anda lalui
  • Buang individu yang tidak menyayangi anda
  • Bijak bezakan antara kehendak dan keperluan
  • Buang individu yang pernah lukakan hati anda

Perkara paling penting sekali dalam memastikan anda lebih bersedia untuk menjalani tahun baharu dengan lancar adalah buang segala perkara yang mendatangkan kesesakan emosi. Tidak kiralah sama ada dari segi harta benda, perasaan mahupun individu sekeliling.

Jauhkan perkara negatif dan lakukan apa yang terbaik untuk diri sendiri dan orang tersayang. Jangan takut untuk bertindak kerana ia akan menentukan masa hadapan anda.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP INSPIRASI

Video Popular