Naluri keibuan pada haiwan betina khususnya merupakan satu perkara yang luar biasa. Ianya hadir secara semula jadi, di mana anak yang kecil pasti akan dilindungi.

Itulah yang dilakukan oleh seekor ibu kucing berwarna hitam yang baru melahirkan anak-anaknya. Ibu kucing itu bukan sahaja menjaga anaknya, malah turut menjaga seekor bayi posum!

Kucing tersebut difahamkan baharu sahaja melahirkan tiga ekor anaknya dan pada masa yang sama, seekor bayi posum malang didapati berada di dek rumah.

Stephanie Meyers/Facebook

Bayi posum tersebut dipercayai baru juga dilahirkan dan secara tidak sengaja terjatuh daripada ibunya. Kasihannya..

Menurut pemilik kucing tersebut, kucingnya kemudian mengutip bayi posum berkenaan dengan cermat. Ketika itu, bayi posum itu masih belum membuka mata.

Pemilik tersebut menyedari bahawa bayi itu bukanlah anak kucing pada kucingnya, ia adalah bayi posum. Walaupun berlainan spesies, bayi posum itu dianggap seperti anaknya.

Stephanie Meyers/Facebook

Bayi posum berkenaan dilihat meminum susu bersama anak-anak kucing dan turut membesar bersama.

Oleh kerana tabiat bayi posum yang suka memanjat di belakang ibunya, maka bayi posum tersebut juga melakukan perkara yang sama pada ibu angkatnya.

Bayi posum tersebut sememangnya menganggap kucing itu seperti ibunya. Ke mana sahaja ibu angkatnya pergi, maka posum tersebut akan mengikutinya.

Stephanie Meyers/Facebook

Mungkin ibu kucing tidak begitu memahami mengapa salah seekor daripada anaknya berkelakuan sebegini namun si ibu melayaninya sahaja dengan penuh sabar.

Kasih sayang antara mereka adalah sesuatu yang menakjubkan dan sungguh tidak disangka. Siapa sangka haiwan memiliki naluri keibuan yang begitu tinggi sebegini.

Kisah ini menjadi bukti bahawa kita kadang kala juga perlu belajar daripada haiwan dan mengambil contoh daripada mereka, bukan?

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona

Video Popular