Kita sedia maklum bahawa sesi persekolahan tahun ini berjalan secara maya sahaja, tanpa melibatkan sesi pembelajaran secara bersemuka di sekolah.

Namun tidak mudah sebenarnya untuk memastikan sesi pembelajaran di atas talian itu berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.

Baru-baru ini, seorang gadis di Twitter, @skinleas berkongsi kisah pilu yang dialami bapanya yang juga merupakan seorang guru.

Menurut gadis berkenaan, bapanya berasa sedih memandangkan tiada seorang pun pelajarnya mengikuti Google Meet untuk belajar secara dalam talian.

Lebih memilukan lagi apabila bapanya sehingga terpaksa menghubungi setiap pelajarnya namun itu pun tidak berangkat.

@skinleas/Twitter

“Tengoklah ni abi sorang je. Kelas abi start 8:30 tadi, sekarang dah nak 9 lebih tapi tiada siapa yang masuk”, tulis gadis itu.

Bahkan ada pula sebilangan pelajar bapanya memberi alasan bahawa mereka tidak boleh mengikuti kelas kerana sibuk bekerja, sedangkan mereka bakal menduduki SPM tidak lama lagi.

Tidak tergamak melihat bapanya terus bersedih, gadis tersebut kemudiannya memutuskan untuk mengikuti kelas bapanya sendiri.

“I nak happy kan abi. I yang join kelas abi. Nampaklah abi gelak sikit”, tambah gadis terbabit. Anak mana yang tidak sedih melihat bapa yang begitu teruja untuk mengajar diperlakukan sebegitu.

@skinleas/Twitter

Tambah gadis itu, bapanya begitu teruja apabila memintanya mengajar cara untuk menggunakan aplikasi Google Meet atau Zoom untuk mengajar pelajarnya.

Perkongsian tersebut kemudian mendapat perhatian warga Twitter, sekaligus menyebabkan mereka turut menyertai kelas bapa gadis berkenaan.

Susulan dengan itu, bapanya yang menggunakan nama akaun @Mustakimbajoori kemudiannya mengucapkan terima kasih kepada warga Twitter yang memberikan semangat padanya.

Beliau juga sempat meminta semua mendoakan agar para pelajarnya hadir ke kelas serta berjaya dalam peperiksaan SPM kelak.

Walaupun menerima layanan sedemikan lupa, guru ini masih lagi memikirkan para pelajarnya. Syabas cikgu!

Maybe you're interested :

Share

Video Popular