JAWA TENGAH – Seorang remaja yang masih bersekolah dilaporkan meninggal dunia selepas disambar petir ketika sedang bermain permainan telefon atas talian.

Gambar Hiasan/Pixabay

Menurut Tribun News, kejadian disahkan berlaku di sebuah warung melibatkan mangsa yang dikenali sebagai M Wahid, 16 tahun bersama beberapa lagi rakan lain. Kesemua remaja ini dikatakan sedang berteduh daripada hujan lebat di warung berkenaan sambil bermain permainan telefon atas talian.

Mangsa pada awalnya memberitahu kedua ibu bapanya bahawa dia mahu keluar untuk bertemu dengan rakan-rakan di sebuah warung yang terletak di Desa Putatsari, Kabupaten Grobogan.

Gambar Hiasan/Ictnews

Ketika berada di warung tersebut, mereka telah meluangkan masa sementara hujan lebat membasahi kawasan tersebut. Mangsa pada ketika itu didakwa bermain menggunakan telefon yang sedang dicaj.

Rakan-rakan mangsa mendakwa berlaku satu panahan petir secara tiba-tiba dan mereka melihat mangsa terpelanting dari tempat duduknya.

Terkejut dengan kejadian itu, kesemua rakan mangsa dan pemilik warung menghampiri mangsa yang dalam keadaan tidak sedarkan diri selain terdapat kesan terbakar yang parah pada kedua belah telapak tangan. Mangsa dilaporkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL

Video Popular