Kucing memang banyak ragamnya, lebih-lebih lagi kucing berwarna jingga yang sering disebut ‘Oyen’, di mana kucing jingga ini amat sinonim dengan kenakalannya.

Namun nampaknya, warna kucing langsung tidak mencerminkan perangainya kerana baru-baru ini kucing berwarna putih juga membuktikan kenakalannya.

Satu video telah dimuat naik di laman Twitter oleh akaun @orangecatsss menunjukkan satu situasi yang agak lucu juga sebenarnya.

@orangecatsss/Twitter

Dalam video itu, kita dapat dengar seseorang memarahi kucingnya yang didapati menangkap ikan laga yang dibela pemiliknya.

“Kan ayah ada bagi makanan. Kenapa awak makan ikan laga ayah?”, ujar lelaki tersebut sambil mendedahkan bahawa harga ikan yang dibelinya agak mahal.

“Ikan laga ayah beli tu seekor mahal tahu tak? RM66 ayah beli. Awak makan ikan laga tu buat apa?”, soal lelaki itu.

Seakan memahami dirinya dimarahi, riak wajah kucing putih berkenaan agak sugul. Itulah, siapa suruh buat ayah marah.

Tambah lelaki itu, kucing putih miliknya itu bukan setakat memakan seekor daripada ikan laganya, sebaliknya memakan dua ekor ikan laga. Sedap sangatkah?

@orangecatsss/Twitter

Yang peliknya, kucing putih tersebut tidak mahu memakan makanannya sendiri. “Ayah beli makanan sedap-sedap, awak tak nak makan. Awak makan juga ikan ayah tu”.

“Apa salah ikan tu, nak?”, tambahnya. Namun belum sempat lelaki itu meneruskan kata-katanya, kucingnya kemudian dilihat berlalu pergi.

Mungkin sudah tidak tahan dibebel agaknya, bertuah punya kucing. Anda boleh tonton videonya di bawah ini :

@orangecatsss/Twitter

Perkongsian itu mendapat banyak komen daripada pengguna, antaranya :

@orangecatsss/Twitter
@orangecatsss/Twitter
@orangecatsss/Twitter
@orangecatsss/Twitter

Sabar sahajalah…

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI VIDEO

Video Popular