Anjing secara keseluruhannya amat mementingkan kebersihan diri, di mana mereka kerap menjilat tubuh sendiri selepas berada di luar rumah.
Kadang kala, jika terlampau bosan pun anjing akan menghabiskan masa dengan menjilat tubuh termasuklah tapak kaki dan tangan mereka.

Tetapi lain pula halnya dengan seekor anjing ini, di mana anjing tersebut terbukti mahukan jalan pintas untuk membersihkan diri.
Berdasarkan video yang dikongsikan dari laman Taiwan, anjing berkenaan dilihat memasuki ruangan mesin pencucian kereta automatik.

Anda lihatlah gelagatnya di bawah ini :
Mungkin anjing itu berasa sungguh selesa seolah-olah dirinya ke spa pula ya? Untung betul dapat khidmat spa percuma!
Jika difikirkan, sungguh tidak disangka anjing berupaya mencari solusi pintar sebegini, bukan? Mereka sememangnya haiwan yang pintar.
Maybe you're interested :