Ketika dunia waktu kini begitu mencabar, semakin ramai orang menjadi buntu untuk meneruskan kehidupan mereka. 

Mereka yang tidak lagi dapat melihat harapan di dalam perjalanan masa depan, seperti pemuda ini yang sedang berada di tengah laluan tren untuk menamatkan hidupnya.

Danrue/Facebook

Pada waktu dia merasakan kehidupannya di dunia perlu ditamatkan pada waktu itu, seorang lelaki tidak dikenali datang menghampiri dan memeluk erat dirinya.

Pelukan erat yang memahami perasaan pemuda ini, mengapa dunia melayannya dengan begitu kejam.

Danrue/Facebook

Lantas lelaki baik hati ini terus memujuk pemuda tidak berbaju itu supaya berganjak dari landasan tren, untuk membiarkan tren yang sedang berhenti meneruskan perjalanannya tanpa melanggar pemuda berbadan tegap yang ingin menamatkan kehidupannya di situ.

Danrue/Facebook

Kelihatan lelaki ini bersama seorang wanita tidak dikenali segera menghampiri dan terus memujuk pemuda berkenaan yang nampaknya enggan berganjak dari landasan itu.

Danrue/Facebook

Selepas berusaha memujuk dengan sedaya upaya, akhirnya pemuda berkenaan berjaya ditarik keluar dari landasan tren dan membawanya ke satu lokasi yang lebih selamat, supaya mereka dapat berbincang dan cuba menyelesaikan masalah yang sedang dihadapinya pada hari itu.  

Danrue/Facebook

Sekurang-kurangnya masih terdapat orang tidak dikenali yang berhati tulus ikhlas dan prihatin untuk membimbing pemuda ini melihat hikmah, harapan dan masa depan cerah, di sebalik hari gelapnya pada ketika itu.

Danrue/Facebook

Yang bukan sekadar melihat seseorang sedang berduka, yang mahu menamatkan riwayat hidupnya.

Tonton video di bawah:

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI VIDEO

Video Popular