Seekor kucing peliharaan di Thailand mengejutkan pemilik apabila bertindak berani mengejar dan mengusir seekor gajah yang telah menceroboh masuk ke pekarangan rumahnya.

Simba baru berusia tiga tahun tetapi dianggap sebagai wira oleh tuannya setelah menyedari kedatangan seekor gajah yang sedang mencari makanan di Nakhon Nayok, dan bertindak berani menghalaunya.

Nampaknya si kecil comel Simba tidak gentar melihat gajah itu yang berkali-kali ganda besar dengan saiznya. Gajah pula kalau mengamuk sudah tentu amat menakutkan.

Dalam gambar yang dimuat naik di Facebook, gajah liar itu dilihat menceroboh dan merosakkan pokok dan tanaman di pekarangan rumah itu sebelum berlalu pergi setelah dihalau oleh Simba yang garang menyerang.

Menurut pemilik rumah, Simba sememangnya selalu bersifat agresif dan tidak menggemari kehadiran haiwan lain yang memasuki kawasan rumah tuannya.

Menurut penduduk tempatan, gajah yang bernama Pai Salick berusia 35 tahun itu sudah biasa dilihat menceroboh pekarangan kediaman manusia serta gemar memijak kebun orang untuk mencari makanan.

Amnat Norasin, seorang renjer hutan tempatan berkata, “Gajah ini tinggal di hutan tetapi dia sering berjalan-jalan di sekitar kawasan rumah pada waktu malam untuk mencari makanan. Semua orang di situ tahu dia merupakan gajah yang sama.”

Thadchai Aoo/Facebook

Daily Mail melaporkan dianggarkan kira-kira 2,000 gajah tinggal secara meliar di Thailand, juga termasuk dalam kurungan. Mereka hidup bebas berkeliaran di hutan dan taman-taman negara yang dilindungi.

Gajah adalah spesies haiwan yang dilindungi di Thailand dan pelaku yang membunuh gajah merupakan satu kesalahan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun dan denda 1,000 baht.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona

Video Popular