Sebut sahaja ayam goreng, pasti kita terus teringat kepada ayam goreng Kentucky Fried Chicken (KFC), bukan?

Sememangnya ayam goreng KFC sangat ikonik dan diminati semua lapisan masyarakat bukan sahaja di Malaysia, malah di seluruh dunia.

KFC Jepun baru-baru ini ada memuat naik standard dan cara yang betul untuk menikmati ayam goreng berdasarkan bahagian ayam itu sendiri.

Mari kita lihat :

@KFC_jp/Twitter

#1 Dada ayam

Antara bahagian yang diminati ramai kerana isinya yang banyak. Ia lazimnya bersaiz lebih besar, satu ketul sahaja sudah memadai. Terdapat tulang kecil dan tulang rawan pada dada ayam ini.

Anda boleh mengeluarkan tulang kecil di sebelah kiri dan kanan, kemudian pisahkan tulang rawan daripada tengah. Tulang rawan itu juga boleh dimakan sebenarnya, terpulang pada anda.

#2 Peha ayam

Ramai yang menikmati peha ayam goreng dengan sekali gigitan.

Kaedah standard untuk memakan peha ayam adalah dengan memegang hujung peha ayam lalu putarkannya semasa anda memakan isinya. Barulah tulang terpisah, maka lebih senang dimakan.

#3 Kepak ayam

Kepak ayam sangat lembut sebenarnya dan anda boleh memakan bahagian atas terlebih dahulu. Kemudian, keluarkan tulang pada tengah kepak berkenaan. Barulah boleh nikmati isinya tanpa tulang!

#4 Isi pinggang ayam

Bahagian ayam yang paling lembut dan sedap. Anda disarankan untuk mengeluarkan terlebih dahulu tulang sebelum dimakan, di mana ia lebih memudahkan anda.

Pegang bahagian paling hujung tulang ayam dengan tangan, putar dan tarik secara perlahan. Siap untuk dinikmati.

#5 Rangka ayam

Ramai yang kurang suka bahagian ini dan tiada sebarang standard untuk memakan bahagian ini sebenarnya.

Anda boleh memakan isi dahulu kemudian bolehlah menikmati rangka dengan menyedutnya. Dengan cara ini, tiada isi ayam dibazirkan!

Begitulah cara atau standard dalam menikmati ayam goreng seperti yang disarankan oleh KFC Jepun. Sama atau tidak dengan cara anda memakannya sebelum ini?

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI

Video Popular