Seekor anjing betina bernama Matilda secara tiba-tiba menjadi sebutan ramai di media sosial setelah bertindak menyelamatkan empat pesakit warga emas daripada hangus dijilat api dalam satu kejadian kebakaran di sebuah pusat jagaan persendirian.

Kebakaran yang dilaporkan berlaku di St. Petersburg, Rusia sekitar awal bulan itu berjaya dipadamkan segera tanpa melibatkan nyawa terkorban berkat pertolongan daripada Matilda. Menurut laporan, anjing betina ini telah menyalak sekuat hati seolah-olah untuk memaklumkan pihak bomba mengenai keempat-empat mangsa yang masih terperangkap. Atas bantuan Matilda, pihak bomba berjaya membawa keluar kesemua mangsa daripada bangunan kayu yang sedang terbakar itu.

VK

Bagaimanapun, anggota penyelamat telah terlupa tentang Matilda yang masih berada di dalam bangunan dengan tali yang masih diikat pada lehernya. Matilda tidak berjaya melepaskan diri daripada kebakaran itu dan menyebabkan dirinya mengalami kesan lecur yang teruk.

Memetik laporan SPB, “Ketika situasi genting itu, semua orang terlupa akan Matilda yang masih diikat dengan tali. Matilda yang juga mesra dipanggil Motya tidak berjaya melepaskan diri dan menyebabkannya mengalami kecederaan yang serius”.

VK

Kejadian ini turut disiarkan di saluran televisyen yang menunjukkan kesakitan dan kecederaan yang dialami oleh anjing berkenaan. Beberapa jam selepas siaran, aktivis perlindungan haiwan dan sukarelawan iaitu Alexander Tsinkevich dan Elena Kalinina bergegas ke lokasi kejadian untuk menyelamatkan Matilda.

Matilda telah dibawa ke klinik dan pusat perlindungan Sotnikov di mana hasil pemeriksaan mendapati anjing betina ini sedang bunting dan bakal melahirkan anak dalam masa terdekat. Namun, kecederaan pada badan Matilda amat serius dan mungkin akan menjadi lebih teruk sekiranya tidak dirawat dalam kadar segera.

VK

“Muka, leher dan perut Matilda terbakar teruk. Hidungnya juga melecur teruk dan menampakkan kesan terbakar yang sangat jelas. Bahagian abdomen Matilda juga kelihatan agak menakutkan”.

Seorang pakar kesuburan turut memeriksa keadaan kandungan Matilda dan mendapati kesemua bayi di dalam perutnya berada dalam keadaan baik. Kemungkinan besar Matilda akan melahirkan bayinya dalam tempoh satu minggu sahaja lagi. Namun permasalahannya, Matilda mungkin tidak boleh menyusukan anaknya memandangkan abdomen dan putingnya melecur teruk akibat kejadian kebakaran itu.

Orang ramai yang bersimpati dengan nasib Matilda kemudian telah bekerjasama menghulurkan sumbangan bagi membolehkan anjing ini menerima rawatan perubatan. Berkat sumbangan orang ramai, pusat klinik dan perlindungan haiwan ini telah melakukan sehabis baik bagi memastikan wira yang berani ini sembuh dengan segera. Pihak klinik juga kerap memuat naik perkembangan Matilda yang sedang menerima rawatan sambil menanti hari untuk melahirkan.

VK

Keberanian, pengorbanan dan sifat kasih sayang yang ditunjukkan oleh Matilda ini sememangnya membuatkan ramai terharu dan menyanjungi anjing betina itu.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI

Video Popular