Ketuhar gelombang mikro merupakan ‘penyelamat’ khasnya buat individu yang agak sibuk dan tiada masa untuk melakukan banyak perkara.

Foto hiasan/Freepik

Dengan adanya ketuhar gelombang mikro ini, kita hanya perlu memanaskan sahaja dan dalam tempoh yang singkat, hidangan siap!

Namun ramai yang tidak tahu 10 makanan yang berpotensi menjadi punca keracunan jika dipanaskan ke dalamnya.

#1 Telur

Foto hiasan/Pixabay

Kulit telur tidak kedap udara dan jika dimasukkan ke dalam ketuhar gelombang mikro, kandungan air pada telur akan bertukar menjadi wap sekaligus meningkat tekanan udara di dalam telur.

Ia akan mengembang lalu menyebabkan letupan. Begitu juga dengan telur yang telah dipecahkan. Lapisan pada kuning telur juga berupaya menyebabkan telur meletup.

#2 Buah

Foto hiasan/Pixabay

Terdapat banyak artikel yang mencadangkan bahawa anda boleh menghasilkan buah-buahan kering menggunakan ketuhar gelombang mikro. Tetapi bukan semua buah boleh digunakan di dalamnya.

Misalnya buah anggur, pisang, strawberi dan kiwi. Hanya buah epal sahaja yang boleh, dengan cara hiriskannya terlebih dahulu.

#3 Cili

Foto hiasan/Freepik

Jika anda terlebih memanaskan cili, ia boleh menyebabkan kebakaran. Bahan kimia yang dihasilkan oleh cili tersebut juga akan merengsakan mata serta menyebabkan perit tekak.

#4 Saderi

Foto hiasan/Pixabay

Kandungan nitrat pada saderi akan berubah menjadi bahan toksik apabila dipanaskan di dalam ketuhar gelombang mikro. Dan memakannya sudah pasti akan memudaratkan kesihatan.

#5 Kentang

Foto hiasan/Pixabay

Kentang jika tidak disimpan di dalam peti ais sejurus dimasak dan diletakkan pada suhu bilik, berkemungkinan menyebabkan pembiakan bakteria botulium. Apatah lagi jika diletakkan ke dalam ketuhar gelombang mikro, ia akan menggalakkan lagi pertumbuhan bakteria kerana suhu panas.

#6 Ubi bit

Foto hiasan/Freepik

Sama seperti saderi, ubi bit juga mengandungi nitrat yang mungkin menyebabkan ketidakselesaan gastrousus jika diletakkan ke dalam ketuhar gelombang mikro.

#7 Nasi

Foto hiasan/Freepik

Agak mudah untuk memanaskan lebihan nasi namun tumpukan perhatian terhadap cara anda menyimpannya.

Jika tidak disimpan dengan baik, ia akan menghasilkan spora bakteria, di mana toksin padanya berupaya menyebabkan keracunan makanan.

Suhu yang tinggi walau bagaimanapun tidak mampu untuk membunuh bakteria ini.

#8 Cendawan

Foto hiasan/Pixabay

Sebaik sahaja cendawan masak, ia harus segera dimakan. Anda tidak disarankan untuk memanaskannya semula selepas disimpan.

Ini kerana protein padanya berkurangan dan bertukar menjadi bahan toksik lalu menyebabkan sakit perut jika dimakan.

#9 Bayam

Foto hiasan/Pixabay

Sama juga seperti saderi dan ubi bit, bayam mengandungi nitrat. Selepas dipanaskan, ia bakal menyebabkan keracunan makanan dan terdedah kepada risiko barah.

#10 Ayam

Foto hiasan/Freepik

Ayam yang dimasak juga perlu dimakan pada ketika itu kerana protein pada daging ayam yang disejukkan akan berkurangan sekaligus membawa kepada masalah pencernaan.

 

 

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP KESIHATAN

Video Popular