Usia tidak menghalang seseorang itu untuk menunjukkan penghargaannya.

Di usia enam tahun sahaja, seorang budak lelaki baru-baru ini didapati melakukan sesuatu yang sangat ‘sweet’ khas buat ibu tersayang.

Kisah itu dikongsikan sendiri oleh ibu budak berkenaan, Sumarnie Edison di laman Facebook.

Alololo mmy ingt dia main2 jak biasa bdk kan..
Rupanya dia btl2 mau blikan?

Duit hadiah masa birthday dia..dia…

Posted by Sumarnie Edison on Sunday, 15 November 2020

 

Sumarnie Edison/Facebook

Difahamkan bahawa anak lelaki Sumarnie, Afiq membelanjakan wang yang diterima sempena hari lahirnya yang lalu untuk membelikan Sumarnie cincin emas.

“Tadi bapa dia bawa dia bersama abangnya ke kedai untuk gunting rambut. Di depan itu ada kedai emas”, tulis wanita itu.

Afiq kemudian mengajak bapanya ke kedai emas tersebut dan menjelaskan niatnya untuk membeli hadiah istimewa buat Sumarnie.

Sumarnie Edison/Facebook

Agak mengharukan apabila Afiq menggunakan beberapa keping RM5 yang diterimanya untuk membelikan sebentuk cincin emas.

Suami wanita itu kemudian sempat memberitahu Sumarnie akan hal itu menerusi aplikasi Whatsapp dan meminta isterinya agar berpura-pura tidak mengetahuinya.

Sumarnie Edison/Facebook

Cincin berkenaan difahamkan berharga RM260 dan sejumlah RM70 telah ditambah oleh bapa Afiq. Ini bermakna, Afiq membelanjakan RM190 wangnya untuk cincin itu.

Sumarnie Edison/Facebook

Baik betul Afiq, bukan? Kecil-kecil lagi sudah mahu menggembirakan ibunya. Semoga Afiq membesar menjadi individu yang baik dan penyayang.

Dan semestinya tidak berhenti untuk menzahirkan penghargaan buat ibunya yang tersayang!

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona

Video Popular