Tidak dinafikan ramai yang terkesan dengan impak pandemik ketika ini, lebih-lebih lagi buat golongan yang menjalankan perusahaan kecil dan sederhana.

Mereka hanya bergantung kepada pendapatan harian daripada pelanggan sahaja. Bagaimana agaknya jika mereka tiada pelanggan?

Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook dari Sabah, Niya Idris Pagente ada berkongsi pengalamannya sendiri.

Kisah paci tukang.

Kemarin saya pegi cari tempat sambung emas mula2 pegi putatan semua kedai emas tiada tukang sambung….

Posted by Niya Idris Pagente on Saturday, 21 November 2020

 

Niya Idris Pagente/Facebook

Menurut Niya, dia mahu ke premis yang menawarkan khidmat menyambung emas. “Mula-mula pergi Putatan. Semua kedai emas tiada tukang sambung”, tulisnya.

Oleh itu, Niya memutuskan untuk ke Gaya Centre Point. “Adalah nampak pak cik ni di tepi kedai emas, (sedang) membuka boothnya”.

Niya kemudian terus ke tempatnya untuk mendapatkan khidmat lelaki berkenaan. Sesudah siap, Niya bertanyakan harga yang dicaj lelaki itu.

“RM20 saja”, jawab lelaki itu. Tambah Niya, dia berasa terkejut kerana caj dikenakan untuk menyambung dua bahagian emasnya yang putus itu agak murah.

“Terkejut juga saya sebab selama pergi tempat sambung emas, tempatnya (pak cik) yang paling murah”.

Niya Idris Pagente/Facebook

Gadis berkenaan berkata dia menambah sedikit jumlah RM20 untuk dihulurkan kepada pak cik itu. “Pak cik cakap terima kasih sambil angkat tangan tanda syukur, macam mahu menangis pun ada”.

Situasi itu menimbulkan persoalan di minda Niya. “Macam mana kalau saya sahaja pelanggannya hari itu? Macam mana pendapatan untuk hari esok?”.

Tidak dapat kita bayangkan bagaimana agaknya nasib pak cik itu kemudian hari. Niya turut sempat mempromosikan khidmat pak cik tersebut.

Gambar Hiasan/Facebook

“Kalau ada sesiapa mahu sambung emas atau perak, pak cik ini boleh tolong buat, sekejap saja, murah lagi. Kalau ada lebih, bolehlah disedekahkan sikit. Kita kongsi rezeki Tuhan”.

Benarlah bak kata Niya, jika kita fikir kita sudah susah, sebenarnya ada lagi insan di luar sana yang sedang berhempas pulas mencari wang demi sesuap nasi.

Jika berdepan dengan situasi sebegini, jangan pernah berkira untuk membantu mereka ya?

Maybe you're interested :

Share

Video Popular