Lapan tahun lalu, seorang budak lelaki difahamkan telah mengikuti bapanya ke pusat kitar semula untuk menjual beberapa tin minuman.

Aktiviti itu walau bagaimanapun kini menjadi misi budak berkenaan dalam usaha untuk memastikan persekitaran yang bersih, di samping menggalakkan orang lain untuk mengitar semula bahan buangan.

Pada tahun 2012, Ryan Hickman dari San Juan Capistrano, daerah Orange, California hanyalah berumur tiga tahun setengah.

Dia pada ketika itu hanya berasa seronok kerana mengitar semula bahan buangan dan sama sekali tidak menyangka bahawa dirinya akan menubuhkan sendiri syarikat kitar semula.

Pada kali kedua dia ke pusat tersebut, Ryan memberitahu ibu bapanya bahawa dia mahu memberikan beg plastik kosong kepada jiran-jirannya.

Ia adalah bagi membolehkan jiran-jirannya mengisi bahan buangan yang boleh dikitar semula, lalu mengembalikan plastik itu kepadanya.

Tidak berapa lama selepas itu, ramai individu bukan sahaja jiran bahkan rakan, keluarga dan orang lain turut memberikannya tin dan botol untuk dikitar semula. Disitulah bermulanya “Ryan’s Recycling”.

Tong-tong kitar semula syarikat Ryan’s Recycling/The Epoch Times

“Bapa saya mencipta logo syarikat dan juga kad. Saya pula mula mengagihkan poskad yang lengkap dengan maklumat kepada pelanggan yang berpotensi”, ujar Ryan.

Pada bulan Disember 2016, kisah Ryan ini mula diketahui dan menarik perhatian media global, serta banyak muncul di banyak rancangan televisyen di seluruh dunia.

Ryan juga sudah berjaya meraih beberapa anugerah dan penghargaan, antaranya CNN’s Young Wonder Award (2017), Top 15 Kids Changing the World List (2018) dan Top 10 Reader’s Digest Children Who Changed the World (2020).

Ryan/The Epoch Times

Populariti bagi Ryan dapat memberikannya peluang untuk ‘sampai’ kepada lebih ramai orang di luar sana. “Ia sangat membantu syarikat saya. Saya kerap terima panggilan”.

Jelas Ryan, dia amat bertuah kerana bapanya, Damion akan ke daerah Orange, California untuk bertemu dengan pelanggan pada setiap minggu.

Bapanya itu difahamkan akan membawa pulang banyak botol dan tin daripada tapak pelupusan sampah agar dapat dikitar semula dan tidak mencemari lautan sekaligus mengancam persekitaran.

Setakat ini, Ryan telah mengitar semula 1,160,574 botol dan tin serta telah mendermakan sebanyak $12,373 (RM408,698) kepada Pacific Marine Mammal Center (Laguna Beach Marine Animal Rescue and Rehabilitation).

Ryan berdiri di atas tin-tin yang dikitar semula/The Epoch Times

Anak cilik tersebut dilaporkan mendermakan wang hasil daripada jualan baju t-shirt bagi usaha menyelamatkan singa laut, di mana t-shirt tersebut mempromosikan kesedaran untuk kitar semula.

“Ia adalah satu kerja yang memerlukan kesungguhanm tetapi amat berbaloi”, tambah Ryan. Kisah Ryan ini turut menarik perhatian pengasas Sambazon.

Sambazon merupakan jenama yang menghasilkan acai beri secara organik dan pengasas syarikat tersebut difahamkan mahu membantu usaha Ryan.

Pada September lalu, Sambazon telah mendermakan 93,000 tin minuman tenaga bagi membolehkan Ryan mencapai misi untuk mengitar 1 juta botol dan tin.

Selain daripada mengitar semula, Ryan juga selalu memberi ceramah tentang pendidikan kitar semula di sekolah-sekolah dan komuniti bagi meningkatkan kesedaran orang ramai.

RYan mengasingkan botol dan tin/The Epoch TImes

Ryan juga ada menganjurkan aktiviti sanitasi komuniti dan menjalankan kerjasama dengan agensi penyelamat marin dan kitar semula untuk menambahbaik keadaan persekitaran.

Bahkan Ryan turut membersihkan pantai pada setiap minggu. “Ia dibuat bukannya demi keuntungan tetapi untuk membersihkan kawasan pantai dan saya hanya luangkan masa selama sejam seminggu”.

Ryan sedang membersihkan pantai/The Epoch Times

“Saya mahu dunia tahu bahawa kamu semua boleh mengubah persekitaran komuniti tanpa melibatkan diri seperti saya. Setiap produk yang dikitar semula mampu membawa perubahan”.

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL INSPIRASI

Video Popular