Ribuan penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Pudong, Shanghai telah diminta untuk menjalani kuarantin selepas dua staf lapangan terbang itu didapati positif COVID-19 pada 22 November lalu.

Walau bagaimanapun, tidak semua penumpang memberikan kerjasama dengan pihak berkuasa, sehingga menimbulkan kekecohan seperti yang dimuat naik di laman sosial.

Berdasarkan video-video yang dikongsi, kelihatan ramai penumpang cuba melarikan diri bagi mengelakkan diri dikuarantin.

@KelemenCari/Twitter

Para penumpang dilihat menolak petugas-petugas kesihatan yang memakai pakaian hazmat berwarna putih.

@raveenaujmaya/Twitter

Menurut sumber, video berkenaan menunjukkan para penumpang yang sedang menunggu untuk menjalani ujian saringan di kawasan letak kereta bawah tanah di Lapangan Terbang Antarabangsa Pudong.

Ujian saringan yang dilakukan pada 22 November lalu mendapati beberapa kakitangan kargo dan kontak rapat mereka disahkan positif COVID-19.

@KelemenCari/Twitter

Sementara sekurang-kurangnya terdapat tujuh kes COVID-19 yang dilaporkan dalam kalangan kakitangan lapangan terbang berkenaan.

Sumber juga melaporkan bahawa kira-kira 277 penerbangan menuju ke Shanghai telah dibatalkan pada hari tersebut.

Sepanjang jalan ke lapangan terbang tersebut didapati sesak. Pihak berkuasa kesihatan juga bimbang virus tersebut berkemungkinan diimport menerusi logistik antarabangsa.

Kesemua kakitangan kargo utama difahamkan telah diminta untuk menjalani ujian asid nukleik menjelang tengah malam hari berkenaan.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL VIDEO

Video Popular