Hati pemilik yang mencintai anjing kesayangan dalam dunia ini adalah sama. Tindakan seorang pemilik dalam satu rakaman video tular untuk menyelamatkan anjing kesayangannya amat mengharukan.

Seorang pemilik dari Florida, Amerika Syarikat sedang membawa anjing kesayangannya berjalan-jalan berhampiran kawasan sungai berpaya. Tanpa disangka, seekor aligator di dalam sungai itu benar-benar mahu menelan anjingnya.

Oleh kerana dia hanya anjing yang sangat kecil, dengan mudah aligator itu mahu membahamnya.

Paparan Skrin/TikTok

Tanpa diduga juga tanpa memikirkan apa-apa, pemilik anjing yang sangat berani lantas melompat ke dalam paya itu untuk melawan aligator. 

Menerusi rakaman video di TikTok yang menjadi tular, kelihatan pemilik ini bertarung dengan seekor aligator kecil di dalam air, dengan pantas mahu membuka mulutnya yang sedang menyepit dan menggigit anjing kecil itu. 

Anjing kecil terus bergelut dan menjerit kesakitan, adegan pertarungan yang menyebabkan netizen yang melihat meremang bulu roma dan berpeluh sejuk. Begitu berani aksi pemilik ini dengan sedaya upaya mahu membuka mulut aligator demi menyelamatkan nyawa anjing kesayangannya.

Paparan Skrin/TikTok

Akhirnya pemilik berjaya mengheret aligator ke tebing paya dan membuka mulutnya seperti mahu merobek dengan kekuatannya yang luar biasa. Dalam proses membebaskan anjingnya secara bersungguh-sungguh, kedengaran suara pemilik ini berteriak, kerana kekuatan aligator itu ketika menyepit anjingnya bukan main-main.

Namun, akhirnya anjing kecil itu berjaya membebaskan diri dengan bantuan pemilliknya yang amat berani.

Paparan Skrin/TikTok

Rakaman video ini mendapat perhatian netizen dengan lebih 1.2 juta tontonan berserta pelbagai komen:

“Rasa luluh melihat anjing kecil itu sedang bertarung nyawa.”

“Lelaki ini benar-benar seorang wira yang hebat.”

“Aligator itu menyangka dia boleh memakan anjing.”

“Aligator bertukar menjadi makanan datuk.”

Reaksi kalangan netizen di Florida yang biasa kerana di kawasan berpaya, sungai, muara sungai dan pinggir pantai terdapat banyak kes buaya dan aligator yang menggigit anjing sehingga mati. Semua warga Florida memahami buaya dan aligator tempatan cukup liar, jadi berhati-hatilah.

Paparan Skrin/TikTok

Tidak semua pemilik yang berani seperti lelaki gagah dalam video ini, kerana kekuatan serangan buaya atau aligator sangat membahayakan. Kemungkinan besar seseorang itu boleh tercedera dalam pertarungan dan juga mampu membawa maut.

Mungkin oleh kerana dalam situasi ini hanya aligator kecil yang terlibat, jadi kekuatan pemilik anjing mampu menandinginya. Tidak dapat dibayangkan bagaimana jika aligator atau buaya dewasa yang mahu membaham anjing peliharaan ini.

Sudah pasti sangat sukar untuk diselamatkan, membuat pemilik dan orang lain yang melihat mungkin berasa tertekan dengan kesedihan.

@wingwomanmcwould you? Walking the dog in florida around any body of water this is a risk we take. Florida wildlife be savages sometimes.

♬ original sound – MelissaChipps

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona

Video Popular