Seorang netizen dari Jepun memuat naik satu kisah mencuit hati bagaimana dia baharu sahaja membeli kerusi duduk untuk bayinya di rumah.

Sebaliknya dia tidak dapat mengelak untuk terus jatuh cinta dan tergelak dengan reaksi serta kelakuan nakal Funi, kucing kesayangan keluarganya selepas melihat kerusi itu.

Ketika mendapati bahawa kerusi duduk itu bukan menjadi miliknya tetapi milik tuan kecil, Funi berubah rasa menjadi sangat kecewa.

Tidak sampai satu jam setelah kotak kerusi duduk bayi itu dibuka, Funi yang sebelum ini hanya memerhati dan merenung tajam kerusi itu, diam-diam menunggu peluang terbuka dan mengambil kesempatan ketika tuan kecilnya berganjak untuk dia mengambil alih takhta.

Akhirnya, kerusi berwarna kuning itu kini menjadi hak mutlak King Funi, daulat tuanku!

Spontan Funi tiba-tiba berubah sikap menjadi gah dan bangga setelah menduduki kerusi duduk bayi, seolah-olah bersumpah untuk mengekalkan hak dan kedaulatan miliknya.

 

Semenjak itu, Funi bertekad bahawa kerusi kuning ini akan menjadi tempatnya ‘bersemayam’ dan ‘beradu’ sepanjang hari.

Secara kebetulan pula, reka bentuk dan saiz kerusi duduk bayi ini sesuai benar dengan citarasa Funi.

Funi sangat tertarik hati untuk terus melekat erat berada di atas kerusi tuan kecilnya ini.

Funi akan menyelitkan kepalanya pada ruang sempit dengan kedudukan seperti ini setiap kali, untuk memberi isyarat bahawa dia enggan berganjak dan akan mempertahankan hak mutlaknya.

Tidak mengapa, ambil sahajalah kerusi itu Funi. Tuan kamu pun tidak marah, sebaliknya terus tersenyum dan terhibur melihat keletah kamu yang takut kerusi itu dirampas.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria

Video Popular