Jenayah boleh berlaku di mana-mana sahaja, tambahan pula ketika ramai individu yang begitu terdesak susulan kesan negatif daripada pandemik ini.

Baru-baru ini, tular di media sosial akan video jenayah ragut yang berlaku di dalam premis perniagaan iaitu farmasi di Gombak.

Berdasarkan video berdurasi 45 saat yang bersumberkan rakaman litar tertutup (CCTV), jelas kelihatan jenayah tersebut dilakukan secara berkumpulan.

Sukan Star TV/Facebook

Suspek pertama dilihat memakai t-shirt berwarna biru tua serta bertopi, memasuki farmasi yang terletak di Kuala Lumpur Traders Square, Gombak.

Sementara suspek pertama mendekati mangsa, seorang wanita yang berada di kaunter pembayaran, kita dapat lihat seorang lagi rakan suspek, iaitu suspek kedua berada di hadapan premis.

Sukan Star TV/Facebook

Pada saat ke-20, suspek pertama dilihat mendekati mangsa dan cuba nasib mencari sesuatu pada mangsa, berkemungkinan perhiasan berharga seperti rantai.

Namun setelah itu, suspek kemudian kelihatan menarik telefon bimbit yang dipegang mangsa. Mangsa yang cuba melawan kemudiannya dilempang.

Sukan Star TV/Facebook

Pekerja premis di kaunter cuba untuk membantu meleraikan namun suspek dengan pantas berlalu keluar daripada premis sebelum bergegas bersama suspek kedua memasuki kereta.

Kedua-dua mereka meluru memasuki kereta yang dipercayai jenis Perodua Myvi berwarna merah, yang dilihat sedang menunggu di luar.

Sukan Star TV/Facebook

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintenden Rajab Ahad Ismail berkata, pihaknya telah berjaya menahan kedua-dua suspek berusia 31 dan 40 tahun di sebuah hotel di Jalan Pudu pada 24 November.

The Star

“Kami percaya kedua suspek terlibat dalam beberapa kes rompak dan kes kecurian kereta di kawasan Setapak dan Sentul”, katanya.

Kedua-dua mereka kini difahamkan telah direman untuk siasatan lanjut. 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL VIDEO

Video Popular