Seorang lelaki yang berasal dari Brazil, Jorge Roriz secara amnya biasa menghasilkan pelbagai kostum menarik ketika Karnival Rio de Jeneiro berlangsung.
Namun kelaziman itu ternyata berubah sekelip mata dek kerana pandemik COVID-19 yang melanda dunia.
Maka lelaki berusia 65 tahun itu terpaksa menggunakan kebolehan seninya itu untuk menghiasi pelitup muka yang begitu unik.

Bakat Jorge dalam menghasilkan pelitup muka yang sama dengan wajah pelanggannya ternyata mendapat sambutan hangat.
Bahkan dia turut menghasilkan topeng muka yang menyerupai ciri fizikal wajahnya. “Saya gunakan pelitup muka ini agar tidak hilang identiti sendiri”, katanya.
Jorge difahamkan melukis bahagian bawah wajah pelanggannya pada pelitup muka berwarna putih. Dia mengambil sedikit masa untuk memperincikan warna kulit dan bibir.

Pelitup muka yang dihasilkan Jorge kemudiannya menjadi popular bagi individu yang tidak mahu menyembunyikan muka tatkala pandemik ini.
Sungguhpun begitu, mereka masih lagi mahu melindungi diri daripada virus tersebut dengan memakai pelitup muka.
“Adalah penting untuk orang ramai menjaga diri sendiri. Baguslah jika mereka memakai pelitup muka sentiasa”, kata Jorge.

Tambah lelaki itu, dia menerima banyak reaksi positif. Ramai yang tergelak melihat pelitup muka yang dihasilkannya.
Tonton video penuh di bawah :
Maybe you're interested :
- Tidak mampu beli jam tangan, seorang kanak-kanak lelaki ‘buat’ jam sendiri guna kertas sebelum dibelanja oleh netizen baik hati
- Koronavirus : Pihak berkuasa China dikatakan sembunyi data kematian dan skala sebenar penularan wabak
- Pemilik gerai burger di Kota Damansara ini tawar burger percuma kepada sesiapa yang kurang berkemampuan ketika PKP dilaksanakan