Ahli arkeologi yang bekerja di tapak penggalian di bandar Rom kuno Pompeii baru-baru ini dilaporkan menemui mayat dua orang mangsa letusan gunung berapi Vesuvius yang telah menghancurkan bandar kuno berkenaan pada hampir 2,000 tahun yang lalu.

Paparan Skrin/YouTube

Dua orang mayat berkenaan, yang dipercayai adalah terdiri daripada seorang yang berkedudukan tinggi bersama dengan seorang lagi hambanya berkemungkinan “mencari perlindungan” dari letusan “ketika mereka dihanyutkan”, kata Ketua Pengarah Taman Arkeologi Pompeii, Massimo Osanna.

Paparan Skrin/YouTube

Kajian dari penemuan ini mendapati bahawa mayat yang ditemui mungkin adalah seorang lelaki kaya dengan anggaran umur antara 30 dan 40 tahun kerana ahli arkeologi menemui kesan hangat pada jubah bulu yang ditemui di bahagian lehernya.

Seorang lagi mayat, dipercayai adalah hamba yang berusia antara 18 dan 23 tahun. Kajian juga mendapati bahawa bahagian tulang belakang mayat yang hancur menunjukkan bahawa mangsa adalah hamba yang melakukan kerja-kerja buruh sepanjang hidupnya.

Paparan Skrin/YouTube

Pompeii telah dilanda letusan gunung berapi dari Gunung Vesuvius pada tahun 79 Masihi dan bencana ini telah menghancurkan bandar Rom kuno dan membekukan penduduknya pada zaman berkenaan.

“Ini adalah kematian akibat kejutan termal, seperti yang ditunjukkan oleh kaki dan tangan mereka yang digenggam,” kata Osanna kepada wartawan.

Paparan Skrin/YouTube

Dia menggambarkan penemuan itu sebagai “kesaksian keterangan yang hebat dan luar biasa” pada pagi ketika letusan itu berlaku.

Penemuan ini dibuat pada bulan ini semasa kerja-kerja penggalian dilaksanakan di sebuah vila besar di pinggiran kota kuno yang terletak berhampiran dengan Naples.

Sehingga kini, kerja-kerja penggalian masih lagi diteruskan tetapi tapak ini ditutup kepada orang awam disebabkan penularan wabak Covid-19.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular