Benarlah, ramai golongan yang merasai kesan negatif susulan pandemik yang melanda negara pada ketika ini.
Golongan yang susah bertambah susah, ramai juga yang hilang punca mata pencarian namun ia langsung tidak mematahkan semangat lelaki kelainan upaya ini.
Baru-baru ini, tular akan beberapa foto seorang lelaki dilahirkan tanpa tangan yang gigih mencari rezeki dengan menjual nasi lemak.

Lelaki berkenaan, Muhammad Nor Abdullah dilihat menjual nasi lemaknya berhampiran dengan stesen LRT Cheras.
Menurut sumber, Muhammad Nor tinggal bersendirian di sebuah lot kedai yang terletak di Amber Business Plaza, di sekitar stesen LRT Cheras.
Foto berkenaan sebenarnya dimuat naik oleh akaun Shahrin Razi di laman Facebook dan kemudiannya ia dimuat naik pula oleh akaun @anthraxxxx.
Making a living at Cheras LRT station (Credit: Shahrin Razi) pic.twitter.com/ZsRqEf8Zgw
— Toon Seri Anthraxxxx (@anthraxxxx) November 19, 2020
Difahamkan bahawa Muhammad Nor mula menjalankan perniagaan ‘Nasi Lemak Bujang’ berkenaan sejak bulan Julai yang lalu.
Setiap pagi Selasa hingga Ahad, Muhammad Nor bangun seawal jam 6 dan kemudiannya memulakan perniagaannya pada jam 7:45.
Setiap bungkus nasi lemak tersebut dijual dengan harga RM1.50 sahaja. Murah, bukan? Susulan tularnya kisah Muhammad, ramai netizen yang bermurah hati bantu melariskan jualannya.
“Untung RM0.50 sebungkus. Saya modalkan orang lain buat (nasi lemak)”, kata lelaki berkenaan.

Bahkan dia turut menerima sumbangan derma daripada pelanggannya. Ramai juga yang membeli nasi lemaknya dengan banyak untuk disumbangkan kepada insan yang kurang bernasib baik.
Sungguhpun keadaannya yang sebegitu, namun Muhammad Nor juga berkesempatan untuk menyumbang kepada rumah anak yatim, Rumah Kanak-Kanak Tengku Budriah.

Laporan mendedahkan bahawa Muhammad Nor bersama rakannya, Tengku Mahadir Tengku Mamat membelikan barangan keperluan berupaya makanan untuk disumbangkan.
Murah sungguh hatinya, semoga rezeki Muhammad Nor dilipat gandakan hendaknya.
Maybe you're interested :
- Telatah lucu pasangan ini yang siap membawa meja di dalam kereta semata-mata untuk makan seperti di restoran cuit hati ramai warganet, “polis pun keliru mahu kenakan saman atau tidak!”
- Sediakan makanan ringan percuma untuk ‘Geng Rider’, tindakan kecil wanita ini dapat pujian malahan mahu jadi ikutan
- 16 pengamal Falun Gong dikenakan hukuman penjara atas kepercayaan mereka