Penularan wabak Covid-19 di seluruh dunia bukanlah suatu jenaka, tetapi adalah satu kenyataan yang perlu diterima dan dihadapi bersama-sama. Walaupun kita tidak dapat melihat kewujudan virus berkenaan secara zahirnya, tetapi kita perlu sentiasa berhati-hati dan sentiasa mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) yang telah diuar-uarkan.

Baru-baru ini, tular di media sosial apabila kisah realiti yang dikongsikan oleh seorang pesakit Covid-19 di Sabah mendapat perhatian ramai. Menerusi perkongsiannya, dia mengingatkan orang ramai untuk sentiasa berwaspada dengan virus ini, dan orang ramai tidak seharusnya leka kerana virus ini sememangnya wujud dan boleh menjangkiti sesiapapun.

Termasuklah ahli keluarga anda sendiri.

Facebook | Penang 槟城 

Ikuti kiriman pesakit menerusi perkongsian oleh laman kumpulan Penang 槟城 di laman Facebook ini:

“Ya benar, saya positif Covid-19!

Hari ini saya ingin berkongsi pengalaman saya kerana saya ingin memberi amaran kepada anda agar anda tidak menganggap virus ini sebagai selsema biasa. Sekiranya anda berasa tidak sihat dan keadaan anda tidak berubah menjadi lebih baik setelah mengambil ubat, dan anda merasakan bahawa anda tiba-tiba kehilangan deria bau dan rasa tetapi pada waktu itu hidung anda tidak sejuk dan tersumbat, maka anda harus berhati-hati!

Sebaiknya belanjakan sedikit wang untuk melakukan ujian pengesanan Covid-19 di pusat perubatan berdekatan dengan anda (biasanya keputusan akan diberitahu dalam masa satu atau dua hari) dan kemudian berikan perhatian kepada keadaan anda di rumah, dan segera pergi ke hospital jika anda merasakan bahawa pernafasan anda tidak lancar!

Facebook | Penang 槟城 

Ramai orang mungkin bertanya, dari manakah saya mendapat jangkitan ini? Ya, saya berjangkit daripada adik saya. Dia telah dijangkiti di tempat kerja dan mesyuarat yang dihadiri. Tetapi saya fikir bahawa ini bukanlah perkara yang penting untuk dibincangkan.

Harus dikatakan bahawa virus ini “tidak kelihatan” dan anda tidak dapat melihatnya! (Ya, jika anda dapat melihatnya, anda masih mungkin akan dijangkitinya) Betul?! Untuk mereka yang suka lepak atau berkumpul dengan rakan-rakan di luar seolah-olah virus ini tidak akan menjangkiti kamu, kamu hanya bernasib baik, tetapi jangan cakap kawan kamu yang menaniayai kamu sekiranya kamu telah dijangkiti nanti.

Gejala yang saya alami adalah gejala ringan. Saya berasa mual dan pening, menggigil dan demam, cirit-birit, kehilangan deria rasa dan bau, dan sekarang saya masih sedikit batuk. Saya kehilangan 7kg hanya dalam masa satu minggu kerana saya tidak dapat makan apa-apa!

Facebook | Penang 槟城 

Anda tidak perlu terlalu bimbang sekiranya gejala yang anda alami adalah ringan. Tetapi, apa yang mengerikan adalah kesihatan fizikal dan mental selepas dijangkiti! Terutamanya jika anda mengetahui bahawa ibu bapa anda juga telah dijangkiti. Bayangkan apabila ambulans tiba di rumah anda untuk mengambil ibu bapa anda untuk mendapatkan rawatan di hospital. Kamu mesti akan berasa bimbang sebab kamu langsung tidak tahu apa yang boleh dibuat dan risau tentang keadaan mereka.

Kemudian kerana rasa bimbang pada setiap hari, kamu akan mencari maklumat terbaharu mengenai Covid-19 di Internet, menonton perkongsian keadaan orang lain yang telah pulih, dan kemudian cuba untuk berfikiran optimis.

Facebook | Penang 槟城 

Di sini, saya sangat berterima kasih kepada pengurus halaman Covid-19 Survivor SABAH, kerana terdapat ramai orang yang telah pulih berkongsi pengalaman masing-masing, dan kemudian saya menulis kepada mereka secara peribadi dan mereka juga membantu saya untuk menghubungi pasukan kesihatan mental Hospital Elizabeth, dan menerusi itu saya mendapat maklumat lebih banyak mengenai keadaan ibu bapa saya.

Sekarang saya berada di pusat kuarantin Penampang, saya diberi makanan dengan baik, tetapi tidak dapat tidur dengan lena, kerana tilamnya sangat nipis dan lantainya keras, tetapi saya tidak mengeluh, kerana saya bersyukur masih mempunyai tempat tinggal dan makan serta minum yang dijaga rapi.

Facebook | Penang 槟城 

Untuk mereka yang di luar sana yang suka berkumpul atau lepak tanpa mengikut SOP, bertaubatlah kerana tindakan anda hanya akan menambah beban kepada barisan hadapan kita.

 Akhir sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada barisan hadapan perubatan kita di negara ini di atas pengorbanan masa dan tenaga mereka demi kesihatan kami semua rakyat Malaysia. Kepada mereka yang telah disahkan positif Covid19, janganlah berputus asa, percaya dengan pasukan perubatan Malaysia kita kerana mereka akan menjaga anda semua. Tuhan berkati Malaysia!”

Sehingga entri ini dihasilkan, kiriman yang dimuatnaik pada petang 18 November ini telah meraih sehingga 514 reaksi, 285 perkongsian dan 81 komen.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Uncategorized

Video Popular