Tidak semua orang beruntung dilahirkan dalam keadaan serba cukup. Mereka tidak susah-susah memikirkan bagaimana hendak mencari wang, atau mungkin adakah makanan mereka cukup.

Namun begitu, tidak semua orang dapat menikmati kesemua itu. Masih ramai yang perlu bekerja keras setiap hari untuk memastikan mereka mampu bertahan untuk teruskan kehidupan.

Ada pula yang pada awal lagi sudah perlu bekerja mencari wang bukan untuk bermewah tetapi untuk mendapatkan keperluan asas.

Facebook

Situasi itulah yang berlaku kepada tiga orang anak kecil ini apabila mereka perlu keluar untuk menjual kuih bagi mendapatkan pendapatan tambahan untuk keluarga.

Usaha kanak-kanak ini diketahui umum sejak kisah mereka dimuat naik di Facebook oleh seorang netizen, Allang Oh Allang yang turut memuat naik gambar mereka ketika berjaja.

Facebook

Facebook

Menurut Allang, kuih yang dijual mereka juga sangat murah iaitu RM1 untuk empat biji. Menurut seorang pengguna Facebook, yang juga merupakan guru kepada budak lelaki berbaju merah itu memberitahu bahawa itu adalah muridnya yang kini berada di darjah 4. Sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan memang ibunya ada menjual kuih.

Facebook

Ramai netizen yang sangat kagum dengan kerajinan mereka. Kecil-kecil lagi sudah rajin membantu keluarga. Ramai juga yang mendoakan supaya mereka memperolehi rezeki yang banyak dan ada juga yang mendoakan supaya kelak, mereka akan menjadi usahawan yang berjaya.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona

Video Popular