Pada petang 22 November, selebriti serba boleh, Alif Satar menggemparkan peminatnya menerusi satu perkongsian yang dibuat di laman Instagram beliau.

Menerusi akaun selebriti berkenaan, Alif mengesahkan dirinya didapati positif COVID-19 setelah menerima keputusan ujian saringan.

Beliau difahamkan sempat menjalani beberapa ujian saringan sungguhpun sedikit sibuk dengan penggambaran dan malangnya keputusan terkini menunjukkannya positif.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Alif Satar®️ (@alifsatar)

“Perkara ini amat mengejutkan dan mendukacitakan”, tulisnya yang mengakui aspek keselamatan keluarga – anak dan isteri sudah tentu menjadi keutamaannya.

Malah, beliau turut memikirkan keselamatan rakan yang turut bersamanya di set pengambaran serta kontak rapat.

Alif juga difahamkan sudah memberikan senarai nama dan butiran kontak rapat yang telah dikenal pasti dalam tempoh 14 hari lalu kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM).

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Alif Satar®️ (@alifsatar)

“Saya mohon maaf atas segala kesulitan ini. Saya mohon doa semua supaya diberi kesembuhan dan kekuatan untuk menempuhi dugaan Allah SWT”.

Beliau yang kini sedang menjalani tempoh kuarantin juga turut berdoa agar semua terhindar daripada sebarang kemudaratan.

Pada 19 November lalu, Alif tampil menyanyikan lagu taruhannya di pentas Separuh Akhir Muzik-Muzik ke-35 di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: KESIHATAN

Video Popular