Tujuh orang di Rusia telah disahkan meninggal dunia selepas mereka meminum cecair pembasmi kuman selepas kehabisan stok alkohol ketika sedang berpesta.

Manakala, dua orang lagi mangsa kini dilaporkan dalam keadaan koma di wad rawatan rapi.

Paparan Skrin/YouTube

Menurut laporan oleh Daily Mail, sekumpulan sembilan orang telah memutuskan untuk meminum cecair pembasmi kuman berkenaan ketika mereka sedang berpesta pada Khamis lalu di Tomtor Village, daerah Tattinsky, Yakutia.

Tiga orang mangsa pertama adalah seorang wanita berusia 41 tahun dan dua orang lelaki berusia 27 tahun dan 59 tahun. Enam yang lain kemudiannya diterbangkan oleh jentera perubatan ke ibu kota wilayah Yakutsk.

Paparan Skrin/YouTube

Paparan Skrin/YouTube

Pada Jumaat 20 November, tiga lagi mangsa lelaki dilaporkan meninggal dunia, masing-masing berumur 28 tahun, 32 tahun dan 69 tahun. Keesokan harinya, seorang lagi mangsa dilaporkan telah meninggal dunia.

Paparan Skrin/YouTube

Jurucakap kesihatan awam persekutuan dalam kes ini memaklumkan bahawa sebanyak sembilan kes keracunan oleh cecair pembasmi kuman telah didaftarkan, termasuk tujuh daripadanya telah meninggal dunia.

Paparan Skrin/YouTube

Pendakwa raya negeri pula menyatakan bahawa keracunan berkenaan adalah berpunca daripada perbuatan meminum cecair pembasmi kuman.

Sehubungan itu, pegawai kesihatan telah memberi amaran kepada orang ramai untuk tidak meminum cecair pembasmi kuman buatan Rusia.

Kes ini seterusnya disiasat di bawah kes jenayah.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Eropah GLOBAL

Video Popular