Rakaman menyentuh hati seekor anjing jalanan yang sudah tua membalas kasih sayang pemilik baru mendapat perhatian netizen di Reddit dan menjadi tular.

Anjing tua comel itu ditemui berkeliaran di jalanan sebuah bandar kecil di Amerika Syarikat sebelum diselamatkan oleh rumah perlindungan haiwan.

Pasangan yang baik hati memutuskan untuk mengadopsi anjing ini dan dia menjadi ahli baru dalam keluarga mereka.

bassDAD/Reddit

Dalam satu rakaman yang dikongsi seorang netizen dikenali bassDAD di Reddit, pemilik anjing baru memberikan usapan belaian kasih sayang di atas wajah dan kepalanya.

Ketika tuan barunya berhenti, anjing itu memandang ke arahnya dengan wajah sayu dan mencakar tapak kakinya seolah-olah meminta lebih banyak lagi usapan kasih sayang.

bassDAD/Reddit

Pemiliknya membiarkan anjing itu menyandarkan kepala di atas tapak tangannya ketika dia terus dibelai.

Video tersebut mendapat perhatian lebih 134,000 netizen dengan tanda suka sejak dimuat naik di Reddit.

bassDAD/Reddit

“Suka melihat anjing berusia diadopsi dan mendapat belaian kasih sayang, dia sungguh tampan,” komen seorang netizen.

“Pandangan matanya … penuh luahan kasih sayang secara tulus untuk diberikan.”

bassDAD/Reddit

“Dia sangat tampan, begitu banyak kepercayaan yang diberikan dengan pandangan mata itu. Manjakan dia.”

Menurut bassDAD, anjing jalanan berkenaan diselamatkan di sebuah pekan kecil yang hanya diduduki sekitar 12,000 orang.

bassDAD/Reddit

Netizen bassDAD berkata, anjing ini berkelakuan baik sungguhpun dahulunya dia seekor anjing liar dan telah lama berada di jalanan. Dia agak pemalu tetapi telah berjaya menghangatkan hati pemilik barunya dalam sekelip mata.

Netizen bassDAD menambah anjing ini memiliki mikrocip yang didaftarkan ketika ditemui, tetapi ketika rumah perlindungan haiwan memanggil nombor yang disertakan, tiada siapa yang menjawab atau membuat panggilan kembali, menyebabkan dia dilabel tidak bertuan dan bersedia untuk diadopsi.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI

Video Popular