Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha dan isterinya, Datin Dr Halina Mohd Yunos pada 20 November selamat menyambut ketibaan sepasang kembar yang dilahirkan di Pusat Perubatan Sunway.

Menurut perkongsian oleh angkasawan berkenaan di laman Instagramnya, bayi kembar lelaki dan perempuan itu dilahirkan pada jam 9.47 pagi dan 9.48 pagi dengan masing-masing seberat 2.26kg dan 2.17kg.

Dr Sheikh Muszaphar Shukor/Instagram

Tambah Datuk Dr Sheikh Muszaphar, beliau berasa sangat bersyukur dengan kurniaan Tuhan yang tidak terhingga ini.

“Kami pernah melalui pengalaman ini sebelum ini. Kedua-dua orang kembar akan berasa lapar dalam masa yang sama, bangun dari tidur dalam masa yang sama, tidur dalam masa yang sama, tidak mahu berpisah dan hanya tidur apabila diletakkan bersama-sama.

“Itulah keindahan pasangan kembar,” tulisnya dalam kiriman berkenaan.

Menurut laporan oleh Astro Awani, sumber terdekat memaklumkan bahawa isteri Datuk Dr Sheikh Muszaphar dan anak-anaknya kini berada dalam keadaan yang sihat.

Newborn.heartshotfocus

“Dr Sheikh Muszaphar sangat gembira dan bersyukur kerana semuanya berjalan lancar,” demikian menurut kenyataan tersebut, pada Jumaat 20 November lalu.

Sehingga entri ini dihasilkan, kiriman berita gembira oleh Datuk Dr Sheikh Muszaphar ini telah pun meraih sehingga 233,885 sukaan dan 6,410 komen dari warganet yang rata-ratanya mengucapkan tahniah kepada Datuk Dr Sheikh Muszaphar dan isteri.

Dr Sheikh Muszaphar Shukor/Instagram

Dr Sheikh Muszaphar Shukor/Instagram

Datuk Dr Sheikh Muszaphar, 48 tahun, dan isterinya Dr Halina, 39 tahun, telah mendirikan rumah tangga selama 10 tahun dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Sophea Isabella, 9 tahun, Sophea Natasha, 7 tahun, dan sepasang kembar lelaki iaitu Sheikh Adam dan Sheikh Noah, 3 tahun.

Datuk Dr Sheikh Muszaphar sebelum ini pernah meneroka angkasa lepas setelah beliau berjaya melepasi semua peringkat tapisan dalam program yang diilhamkan pada tahun 2003 apabila Rusia bersetuju menghantar seorang warganegara Malaysia ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS).

Tahniah diucapkan kepada angkasawan negara kita yang sentiasa dibanggakan ini. Comel-comel benar bayi yang baru lahir ini!

Maybe you're interested :

Share

Video Popular