Ketika di waktu siang hari, rakaman CCTV di dalam rumah ini menunjukkan seorang ibu mengemas rumahnya setelah suami dan anak-anak berangkat ke pejabat dan sekolah dengan rutin harian mereka.

Apa yang ibu ini tidak menyedari selama ini, ketika seluruh keluarga sedang tidur nyenyak, anak perempuan keluarga ini telah bangkit daripada tidurnya untuk melakukan tugas mengemas rumah yang menjadi tugas seharian ibunya.

Paparan Skrin/Facebook

Anak yang baik ini dilihat mengemas dan menyusun barang permainan yang berselerakan ke tempatnya yang asal.

Paparan Skrin/Facebook

Juga menyusun meja kerusi bersama peralatan di atasnya.

Paparan Skrin/Facebook

Menjadi lebih kemas, rapi dan tertib.

Paparan Skrin/Facebook

Dia juga menyusun buku-buku dan mengatur beg sekolah serta kotak permainan ke tepi sudut rumah supaya ia akan memudahkan tugas ibunya mengurus rumah tangga ketika siang hari.

Paparan Skrin/Facebook

Tidak ketinggalan anak ini turut melipat kain yang tidak sempat diuruskan oleh ibunya kerana keletihan.

Paparan Skrin/Facebook

Setelah semua tugas membantu itu selesai, dia menyambung tidurnya kembali dengan meninggalkan ruang rumah menjadi lebih teratur dan kemas.

Paparan Skrin/Facebook

Si ibu yang melihat rakaman CCTV itu menjadi sangat terharu sambil berasa amat bertuah kerana membesarkan anak yang baik dengan hatinya amat bertimbang rasa serta prihatin dengan kesusahan ibu bapa.

Paparan Skrin/Facebook

Miliki anak yang baik dengan melakukan perkara baik setiap hari secara diam-diam tanpa mengharapkan apa-apa balasan, sememangnya akan menyentuh hati ibu bapa dan sesiapa sahaja.

Paparan Skrin/Facebook

Bertuah ibu ini melahirkan anak yang baik dan memahami.

Tonton video di bawah:

Maybe you're interested :

Share

Video Popular