Alang-alang mahu berjimat, anda boleh cuba kaedah menjimatkan cecair pencuci pinggan di rumah. Mungkin ada ibu-ibu di luar sana yang jenuh asyik membelinya sahaja.

Tahukah anda sebenarnya boleh menjadikan sabun pencuci pinggan daripada sebotol, menjadi dua botol. Ya, jimat duit!

@AinulNunanaa/Twitter

Perkongsian bermanfaat ini sebenarnya dimuat naik di laman Twitter, @AinulNunanaa, di mana anda hanya memerlukan sebotol sabun pencuci pinggan dan garam.

Pertama sekali, anda perlu membahagikan sabun berkenaan kepada dua botol yang berasingan. Bahagikan ia menjadi separuh.

@AinulNunanaa/Twitter

Kemudian, isikan pula lebih kurang dua sudu garam (agak-agak) ke dalam dua-dua botol berkenaan.

@AinulNunanaa/Twitter
@AinulNunanaa/Twitter

Selepas itu pula, anda hanya perlu memenuhi botol dengan air lalu goncangkan agar semuanya sebati. Ianya sudah siap dan boleh digunakan seperti biasa.

@AinulNunanaa/Twitter
@AinulNunanaa/Twitter

Jelas wanita itu, tugasannya mencuci pinggan menjadi lebih mudah. “Smooth gila cuci pinggan dan periuk. Even berminyak pun, jadi kesat, licin berkilat”, tulisnya.

Ada juga pengguna yang telah pun cuba dan berkongsi hasil masing-masing :

@AinulNunanaa/Twitter
@AinulNunanaa/Twitter

Memang puas hati. Ada yang teringin mahu cuba? Cubalah!

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP INSPIRASI

Video Popular