Ketika sedang enak menikmati kemanisan tebu, selera seekor anak gajah terpatah apabila muncul kelibat manusia berlampu suluh menuju ke arahnya.

Menurut Daily Mail, anak gajah itu kemudiannya berasa dirinya telah ‘terkantoi’ lalu bergegas dengan lemah-lembut untuk cuba ‘bersembunyi’ di sebalik tiang lampu berhampiran, sambil tidak sedar dirinya jelas kelihatan.

Facebook

Macam semua orang tidak tahu gajah itu berbadan besar, dan dia rasa dirinya macam sesumpah boleh sebati warna dengan warna kelabu tiang lampu itu.

Kejadian yang dipercayai berlaku di Chiang Mai itu membuatkan membuatkan ramai netizen berasa terhibur dengan gelagatnya. 

Perkongsian gambar anak gajah comel cuba menyorok yang dimuat naik di Facebook itu mendapat perhatian hampir 3,000 pengguna yang rata-rata memberi komen berasa amat lucu dan geli hati melihat keletahnya yang boleh dikatakan agak pintar itu.

Facebook

Orang kata otak gajah itu kecil macam kacang, tetapi otak anak gajah comel yang satu ini nampak bergeliga lain macam sahaja.

Cepat betul dia bertindak apabila nampak lampu terang bersuluh. 

Facebook

Daily Mail melaporkan dianggar kira-kira 2,000 gajah hidup bebas meliar dalam hutan di seluruh Thailand di mana kadangkala berlaku pertembungan dengan manusia.

Haiwan gajah merupakan spesies yang dilindungi di Thailand. Tindakan membunuh haiwan itu akan dikenakan hukuman penjara sehingga tiga tahun dan denda 1,000 baht (RM135).

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria

Video Popular