Pembelian secara dalam talian kini sudah menjadi perkara biasa, bahkan menjadi pilihan utama masyarakat untuk melakukan pembelian khususnya ketika pandemik ini.

Susulan daripada kerancakan aktiviti jual dan beli di mana-mana platform pembelian atas talian, maka ramai juga yang turut cuba untuk berniaga.

Macam-macam barangan yang kita boleh dapati di platform berkenaan. Uniknya, baru-baru ini ada penjual yang turut menjual batu sungai di Shopee!

Shopee

Bukan batu biasa tepi jalan tau, penjual di Shopee ini difahamkan menjual batu asli yang diambil daripada sungai.

Batu-batu yang dijualnya pula mempunyai berat sekitar dua hingga empat kilogram dan segala perinciannya turut dikongsikan.

“Batu sungai untuk bertungku. Sesuai untuk wanita lepas bersalin. Bertungku untuk melegakan urat, kebas-kebas badan.. Batu tidak ringan dan tidak berat, sesuai untuk bertungku”.

Shopee

Batu-batu sungai dari Jeli, Kelantan itu dijual dengan harga RM4 sahaja, dengan kos penghantaran yang percuma!

Sungguh tidak disangka apabila batu sungai ini agak popular dan setakat ini, jualannya sudah mencapai 885.

Maknanya, penjual sudah pun meraih keuntungan lebih kurang RM3,500! Penilaian yang dibuat pembeli terhadap jualan batu ini juga amat memberangsangkan.

Shopee
Shopee
Shopee
Shopee

Ada juga ke yang berminat mahu jual batu sungai pula selepas ini??

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI NASIONAL

Video Popular