Tidak dinafikan ramai orang mula menjadi bosan setelah duduk terperuk di rumah buat sekian lama akibat mematuhi peraturan perintah kawalan pergerakan ketika pandemik.

Walau bagaimanapun, sedikit kebosanan itu mampu mencetuskan kreativiti yang luar biasa. Sebagai contoh, pemilik kucing telah menemui cara membangkitkan rasa ceria dalam diri selepas tiba-tiba mendapat idea membuat sesuatu untuk kucing kesayangan mereka.

Semua pencinta kucing tahu si comel amat suka duduk di dalam kotak dan bermain di dalamnya. Jadi, mereka mengitar semula kotak lama menjadi kereta kebal kadbod yang hebat untuk kucing mereka. Dan inilah hasilnya.

#1.Bersedia untuk gerak tempur. 

Yang ini jadi sangat realistik sehingga kucing di belakng itu pun kelihatan kagum. Tidak perlu menafikan projek ini nampaknya mengambil banyak masa dan usaha.

#2.”Apa maksud kamu hendak menembak tiada peluru?”

Jadi, guna daya imaginasi kamu sahajalah kucing.

#3.Kereta kebal si comel : 6 dan si tikus: 0

Tiada tikus dapat peluang ambil kesempatan melawan tuan punya kereta kebal yang comel begini.

#4.Lebih ramai lebih meriah.

Ciptaan hebat boleh membawa lebih daripada seekor perwira kucing yang berani.

#5.Ada cat tambahan? Calitkan pada kereta kebal, baru nampak macam kereta tebal tulen yang gah.

Tetapi malangnya tiada pelurulah!

#6.Kereta kebal ‘War Meowchine’ sentiasa bersedia ke medan perang.

Pemilik kucing mengakui akibat bosan mereka membina kereta kebal ini secara suka-suka untuk kucing kesayangan, tidak sangka pula ia boleh nampak hebat!

#7.Wira kucing pengendali kereta kebal yang pemalu.

Anak kucing yang comel ini mungkin nampak sedikit pemalu tetapi pada masa sama dia menyukai perjalanan barunya.

#8.Saya sentiasa bersedia!

Pemilik berkata kucing ini nampaknya amat suka dan teruja benar untuk duduk di dalam kereta kebal kadbod barunya. Ya, memang dia nampak hebat.

#9.Kereta kebal warna perak pun ada.

Ada pita warna perak tambahan, lekatkan sahaja melilit kereta kebal kadbod yang macam ini, jadi ia kelihatan berkilat dan si comel berasa bangga bermegah di dalamnya.

#10.”Nama saya Tentera Ollie…”

Sekiranya anda hanya mempunyai satu kotak dan tidak banyak pita, anda boleh sahaja membuat sesuatu yang hebat untuk kucing anda. Yang ini menebus kekurangan bahan dengan grafiti lucu.

Tersenyum sahaja wajah anda melihat kereta kebal ini bukan? Apa kata anda cuba buat kereta kebal ini untuk si comel dengan kotak-kotak terbuang di dalam rumah itu. Pasti si comel mengiau gembira bila lihat tuan buatkan dia sebuah kereta kebal.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular