Bagi mereka yang gemar membaca, mengunjungi kedai buku untuk mendapatkan buku baru menjadi pengalaman mengujakan dan pepatah Inggeris pula berkata, “Don’t judge a book by its cover”. Macam kenalah bersikap optimis dan tidak memperlekehkan penampilan sebuah buku kerana isinya lebih penting.

Jadi anda akan memerhati di rak buku, melihat buku dengan tajuk menarik walaupun penampilan kulit bukunya tidak menarik dan hanya membaca keterangan di bahagian belakang tanpa membelek isinya kerana mahukan satu kejutan, fikir anda dalam hati.

Mungkin itulah yang difikirkan oleh seorang netizen dikenali @nabilfikran10 apabila dia memutuskan untuk membeli sebuah buku yang kemudian membuatnya betul-betul mengalami kejutan.

@nabilfikran10/Twitter

Menerusi laman Twitter miliknya, @nabilfikran10 telah memuat naik gambar sebuah buku yang baru dibelinya berjudul ‘MEOW’ oleh M.E. OWMEOW yang difikirnya nama samaran penulis dan dia berasa teruja untuk mengetahui isi kandungan buku itu.

Apa yang benar-benar menjadi kejutan adalah pengarang buku itu sebenarnya memang benar seekor kucing dan lebih mengejutkan ialah isi kandungan buku itu dengan keseluruhan perkataannya.

@nabilfikran10/Twitter

@nabilfikran10 dengan kapsyen, “Menyesal aku beli buku ni, patutlah ada diskaun.”

Dia memuat naik gambar dalam Twitter menunjukkan buku ini hanya mengandungi satu perkataan iaitu ‘MEOW’. Ya, buku ini benar-benar dipenuhi dengan variasi perkataan ‘meow’, dan tanda baca.

Berdasarkan keterangan oleh Google Books, MEOW ditulis untuk kucing menurut perspektif kucing, jadi itu menjadi sebab mengapa buku ini hanya mengandungi satu perkataan yang boleh memberi makna apa sahaja dalam bahasa kucing, iaitu ‘meow’.

@nabilfikran10/Twitter

Maka sudah pastilah pengarangnya juga adalah seekor kucing!

Ko_mon memetik satu profil dalam Twitter mereka pada tahun 2018 yang menampilkan seekor kucing di sebalik pelancaran buku itu.

“Penyampaian buku barunya akan dibuat pada hari Jumaat berikutnya (anda boleh mendapatkan tanda tangan!),” tulis mereka.

Ko_Mon/Twitter

Kalau boleh manusia sememangnya mahu memahami bahasa kucing macam Dr Doolittle atau dapat bertutur dalam bahasa kucing.

Semua orang ingin tahu juga apa sebenarnya yang telah ditulis dalam buku ini, tetapi mungkin mereka yang memiliki imaginasi tinggi sahaja boleh membayangkan apa yang dimaksudkan dengan kesemua perkataan ‘meow’ itu.

@nabilfikran10/Twitter

Atau pemilik bukulah yang paling mudah kerana selesai membaca buku ‘Meow’ dalam jangka masa beberapa minit sahaja. 

Rezeki kucing mudah sahaja jadi penulis dan buat buku lagi, sedangkan manusia rasa susah-payah pula hendak susun semua perkataan dan ayat dia untuk jadi penulis.

Selepas ini apa lagi karya M. E. OWMEOW ? Kita tunggu sahajalah.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria

Video Popular