Kira-kira 20 orang penternak ikan siakap dan kerapu di Laguna Sri Tujuh, Tumpat dilaporkan melelong ikan ternakan mereka yang telah mati.

Ini berikutan kualiti sumber air yang merosot berikutan pelepasan air menerusi pintu air Sungai Tapang yang membawa kelodak dan sisa tumbuhan ke kawasan ternakan.

Difahamkan sekitar 50 hingga 90 penternak ikan dalam sangkar di laguna berkenaan berdepan kerugian mencecah ratusan ribu ringgit selepas banyak ikan didapati mati akibat kualiti air.

Ikan Siakap Laguna Sri Tujuh/Facebook
Kawasan lelongan di Laguna Sri Tujuh menjadi sesak apabila penggemar ikan datang membanjiri gerai jualan untuk mendapatkannya pada harga yang murah.

Seorang penternak, Rosli Ismail berkata kebanyakan pengusaha terpaksa melelong ikan mereka pada harga yang sangat murah bagi mengelakkan kerugian besar.

Astro Awani
“Bayangkan ikan siakap saya (purata 4 hingga 6 kilogram seekor) sebanyak 6,000 ekor. Jika tidak dijual, saya akan kerugian beratus ribu ringgit”, katanya.

Justeru itu, mereka memutuskan untuk menjual dengan separuh harga daripada biasa, bahkan ada yang dijual tidak mencecah RM10 seekor untuk mengelak kerugian.

Pelepasan pintu air Sungai Tapang ketika proses pembersihan sungai, termasuklah membuang pokok keladi sehingga menyebabkan keladak dan sisa tumbuhan dialirkan lalu masuk ke kawasan ternakan.

Astro Awani
Mohamad Abdullah selaku Timbalan Pengerusi Persatuan Penternak Ikan Laguna Sri Tujuh berkata pihak berkenaan seharusnya memaklumkan perkara ini terlebih dahulu kepada penternak.

Ia wajar dibuat sebelum membuka pintu air bagi mengelakkan perkara sebegini berlaku. “Apabila air kotor masuk, ia menyebabkan oksigen tidak mencukupi”.

Ia kemudian menyebabkan ikan siakap dan kerapu yang matang ini akhirnya mati.

“Ikan yang baru mati kami jual dengan harga separuh sahaja. Kami harap pihak berkaitan dapat bantu ringankan beban kami”, akhirinya.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: BISNES NASIONAL

Video Popular