Tular akan kisah seorang lelaki berusia 29 tahun, Amran Ronggi baru-baru ini apabila motosikal yang ditungganginya bersama dua orang anak didapati rosak lalu terbakar.

Insiden itu berlaku di laluan motosikal Plaza Tol Senai tatkala mereka dalam perjalanan ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Johor Bahru untuk membuat pendaftaran surat beranak anaknya.

Pendaftaran surat beranak tiga daripada empat anaknya itu hendak dibuat bagi membolehkan mereka memohon bantuan daripada Baitulmal.

Polis Daerah Kulai/Facebook

Kisah yang tular itu kemudiannya difahamkan telah mendapat perhatian pihak Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM).

Pengurus YaPEIM Johor, Tajul Ariffin Harun berkata pihaknya telah turun padang ke Kampung Orang Asli Kuala Masai bagi memberi bantuan pada keluarga Ronggi.

“Sumbangan ini dalam bentuk barangan keperluan asas harian seperti minyak masak, beras, tepung, gula dan lain-lain”, katanya.

Harian Metro

Jelas Amran, pendapatannya sebagai nelayan sedikit terjejas kerana pandemik COVID-19 yang melanda mengakibatkannya sudah lama tidak turun ke laut.

“Sebelum ini, pendapatan saya melebihi RM1,000 sebulan. Walaupun ia tidak begitu banyak, namun cukup untuk menampung perbelanjaan keluarga”.

Sungguhpun begitu, Amran berkata pendapatannya semenjak PKP hanya sekitar RM300 hingga RM600 sahaja sebulan. “Sebab itu saya cuba meminta bantuan bagi memenuhi keperluan anak-anak”.

Polis Daerah Kulai/Facebook

Dalam insiden 16 November lalu, salah seorang anaknya memberitahu bahawa kakinya terasa panas. “Saya memeriksa motosikal dan mendapati ia sedang terbakar”, kata Amran.

Mujurlah terdapat anggota polis di sana membantu namun motosikal Amran sudah terbakar sepenuhnya dan tidak boleh dibaiki.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular