Tidak semua orang suka dengan haiwan jalanan yang tidak bertuan. Mereka adakalanya kotor dan tidak terjaga. Ada pula yang sakit sehingga membuatkan ramai yang memandang jijik pada mereka.

Namun, semua itu tidak terjadi kepada anjing jalanan ini apabila kehadirannya diterima baik oleh seorang wanita.

Kisah ini dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Wan Shahriza yang menceritakan tentang seekor anjing yang sering datang ke rumahnya. Berikut adalah perkongsiannya:

Wan Shahriza/Facebook

SEEKOR ANJING DI KEJIRANAN KAMI.

Dia anjing tidak bertuan, Homeless. Selalu bila saya lalu dengan kereta, dia ada di simpang lorong menuju ke rumah saya.

Wan Shahriza/Facebook

Mula-mula takut…

Mulanya saya takut dengan dia. Kalau parking kereta di luar pagar rumah, cepat-cepat saya akan berlari masuk ke dalam rumah dan menutup pagar.

Takut jika dikejar. Kita orang Melayu memang dari kecil ditakutkan oleh kisah-kisah anjing ganas yang boleh menyerang. Tak masuk lagi persoalan halal haramnya, anjing dah jadi stigma.

Wan Shahriza/Facebook

Suka mengajak kucing bermain dengannya

Tapi kemudiannya, saya perhatikan anjing yg satu ini tidak mengganggu sesiapa. Malah, dia bagaikan mengajak kucing-kucing jalanan bermain dengannya. Dia berpura-pura berlari bagaikan minta dikejar.

Bila kucing yang ketakutan hanya cuba melarikan diri, dia akan datang semula dan mengacah-acah mengajak berlari bersamanya. Kucing tak sekolah tinggi. Saya tengok seekor pun tak menangkap cue si anjing. Saya faham yang anjing ni hanya ingin bersahabat dan berteman.

Wan Shahriza/Facebook

Mula memberi makan

Kemudian bermula lah episod saya dan anak-anak memberi dia makan. Biasanya dia ada di tepi simpang jalan menuju ke rumah saya, Kami biasamya ada spare makanan kucing dalam kereta. Atau sengaja kami simpan sisa-sisa ayam goreng dan tulang.

Kami berhentikan kereta, dan campak makanan untuknya. Lama-lama berani sikit. Berhenti kereta, turun dan letak elok-elok dekat dengannya. Anjing ni memang selalu nampak kelaparan, tetapi dia tertib. Hanya bila kami sudah naik semula ke dalam kereta, barulah dia datang makan.

Wan Shahriza/Facebook

Tunggu di hujung simpang atau di luar pagar

Sekarang dia sudah kenal kereta saya. Bila saja saya balik dari hujung simpang, dia akan berlari mengikut kereta saya sampailah ke hadapan pagar. Tapi dia tidak menghampiri. Ada jarak yg dikekalkannya. Dan dia, akan menunggu di luar pagar rumah, mengharapkan ada makanan untuknya.

Biasanya, akan ada sesuatu yg boleh diberikan untuknya.

Kami panggil dia Girl.

Wan Shahriza/Facebook

Ramai yang memuji atas kebaikan yang dilakukan

Kisah ini telah menarik perhatian ramai pengguna netizen di Facebook. Rata-rata berasa terharu dan berterima kasih atas apa yang dilakukan oleh Shahriza kepada Girl. Ada juga yang berkongsi pengalaman mereka ketika berhadapan dengan situasi seperti itu.

Wan Shahriza/Facebook

Wan Shahriza/Facebook

Sehingga kini Shahriza masih ‘berkawan’ baik dengan Girl. Tidak hanya itu dia terus memberikan makanan kepada Girl dan anjing itu pula tetap setia datang ke rumahnya.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular