Tiada siapa yang meminta dilahirkan dengan serba kekurangan, bukan?

Oleh itu, setiap daripada kita dituntut untuk melayan golongan orang kurang upaya (OKU) sebaik mungkin kerana mereka juga sebahagian daripada masyarakat.

Mereka juga berhak untuk mendapatkan peluang yang sama seperti orang normal dalam menjalani kehidupan.

Polis Diraja Malaysia (Royal Malaysia Police)/Facebook

Baru-baru ini, tular akan satu kisah yang dikongsi menerusi laman Facebook Polis Diraja Malaysia (Royal Malaysia Police).

Ia memperlihatkan seorang anggota polis yang mengambil inisiatif dengan meminta bantuan individu yang mahir menggunakan bahasa isyarat menerusi panggilan video.

Anggota polis terbabit, Lans Koperal Nabilah pada ketika itu sedang menerima laporan polis daripada seorang OKU.

Polis Diraja Malaysia (Royal Malaysia Police)/Facebook

Lans Koperal Nabilah meminta bantuan jurubahasa daripada Persatuan Orang Pekak Kedah (POPKDA) bagi memastikan kelancaran proses menerima laporan berkenaan.

Tiada golongan masyarakat yang terasing dan pihak PDRM sendiri sentiasa mengutamakan masyarakat demi memastikan khidmat layanan terbaik dapat diberikan.

Polis Diraja Malaysia (Royal Malaysia Police)/Facebook

Kegigihan Lans Koperal Nabilah memegang telefon bimbit demi membantu OKU tersebut membuat laporan ternyata wajar menerima pujian.

Berikut video penuhnya :

Polis Diraja Malaysia (Royal Malaysia Police)/Facebook

Susulan perkongsian itu, tindakan anggota polis berkenaan mendapat pelbagai reaksi dan komen daripada warganet, antaranya :

Polis Diraja Malaysia (Royal Malaysia Police)/Facebook

Polis Diraja Malaysia (Royal Malaysia Police)/Facebook

Polis Diraja Malaysia (Royal Malaysia Police)/Facebook

Polis Diraja Malaysia (Royal Malaysia Police)/Facebook

Semoga usaha anggota polis ini menjadi inspirasi kita di luar sana agat sentiasa menyantuni golongan ini sebaik mungkin.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona VIDEO

Video Popular